Quantcast
Channel: PERMATABIRU
Viewing all 915 articles
Browse latest View live

BAWA ANAK-ANAK TENGOK WAYANG : EJEN ALI THE MOVIE

$
0
0

Last week aku & mr.busband decice untuk ambik sedikit masa yang ada untuk bawa anak-anak aku menonton wayang cerita EJEN ALI THE MOVIE. Tahu-tahu je lah cuti sekolah kan. Anak-anak asyik tengok je iklan dekat tv tu...lepas itu ajak spent masa together Menonton Wayang.... Malangnya bulan Disember adalah bulan yang paling sibuk untuk kami suami/isteri...Cuti pun dah abis en.husband pula kerja nonstop bulan ini...huhuhu. Kesian kaisara & kaliff plan nak gi bercuti pun IDEA tak keluar-keluar lagi sebab tak ada date yang sesuai. 

So, kesempatan yang ada walaupun last minute plan...Terkejar-kejar masa. sampai rumah pun dah lewat keesokannya nak pergi kerja lagi ku gagahkan diri jua hehe ( sebenarnya risau juga nak menonton wayang takut aku tak selesa duduk lama-lama almaklum lah perut dah 7 bulan . alhamdulillah semuanya ok jer..lenguh sikit je...). Dapat lah juga bawa diaorang tengok Movie nie. Macam biasa kami pergi menonto hari RABU. Dekat perlis nie pula mana ada Panggung Wayang. Yang paling Hampir pun dekat JITRA. Mr.Husband pula memang hari-hari ulang alik Alor setar- perlis. Kesian dia.. Sampai jer rumah Around kul 8 kami bertolak terus ke Jitra Mall. Jarak Perjalanan lebih kurang 40 Minit. Memang sampai pun Ngam-ngam dengan waktu tayangan. sebab tak nak ambik tayangan lewat. Masa beratur beli tiket Jam dah menunjukkan Pukul 9 malam. Orang ramai giler..Nak beli tiket plak 1 kaunter je buka. REDHA je lah masuk panggung lewat 5 Minit. 

Masa ini dah Cerdik sikit, masa MR.husband beratur beli tiket, kami berlari beli PopCORN & AIR siap-siap. Tak nak jadi macam hari tu tak sempat beli apa-apa. Tgk wayang dalam kelaparan hahahaha...Sweet Moment untuk anak-anak aku giteww! hehe

SINOPSIS EJEN ALI THE MOVIE:

FIlem ini mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo,gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

               


nota : Pada aku Best jalan cerita yang menarik.. tak bosan..ada unsur kekeluargaan sikit, kasih sayang anak pada emaknya..rinduuu..adalah nilai2 & mesej yang di sampaikan itu bagus...walaupun aku First time layan Ejen Ali hahaha...Kaliff petah bercerita dekat sebelah setiap watak yang ada dekat aku hihi. Dia memang peminat Ejen Ali the series dekat TV tu...selalu tengok!



next movie please papa! ( kata kaisara & kaliff )^_^




"KAKI KREM" : KAKI KEJANG DAN LENGUH SEMASA MENGANDUNG SERTA CARA MENGATASINYA

$
0
0

Semalam aku di serang "Simpul Biawak " semasa tengah tidur. kalau bahasa kampungnya aku panggil Tarik Mengkarung je. fuhhh dia punya sakit Allah je yang tahu. Aku ni memang biasa jadi kalau time mengandung. Masuk kali ini dah 2x aku kena. Salah satu Mungkin Faktor aku tak minum susu.. aku sebenarnya tak suka minum susu. tambah-tambah susu yang ada bau...

Tapi itulah risau juga Sejak mengandung ni, malam-malam asyik kena ‘simpul biawak’. Bukan main sakit lagi, rasa macam fobia nak tidur malam pun ada. 

Cramp, ‘simpul biawak’ atau ‘tarik mengkarung’ adalah antara istilah yang popular di kalangan ibu mengandung. Selalunya gejala ini menyerang di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada waktu tidur malam. Aku terfikir juga Kenapa orang mengandung selalu kena penyakit ni ya? Ada ke cara nak elakkan daripada asyik berulang lagi?”

Nasib baiklah masa jadi semalam Husband aku ada. Memang menjerit-jerit jugalah aku kejutkan dia. Kesian dia huhuhu Terkejut! tapi tu lah kalau lambat urut simpulan tu jadi makin besar dah naik makin ke atas. so, resultnya hari ini aku nak naik tangga & berjalan pun sakit. Walaupun masa jd tu tak lama... Cepat-cepat Husband tolong  Urutkan.Aku ini Bukan apa bila jadi dekat kaki ni, Tangan sendiri nak capai  kaki pun dah tak sampai...huhuhu ( perut dah besar )

Hari ini aku nekad nak singgah kedai beli susu dan  MINUM! Harap-harap dapat elak dari kaki aku krem lagi...Hehehe. Aku nak share juga 7 cara atasi kaki kejang dan lenguh semasa mengandung, hasil carian dalam google. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

"kaki Krem" Lebih kerap berlaku bila perut semakin membesar
( Alhamdulillah 7 bulan sudah )
7 CARA ATASI MASALAH KAKI KEJANG & LENGUH SEMASA MENGANDUNG

Berikut adalah antara cara mencegah kekejangan kaki dan lenguh semasa hamil.

1. URUTAN
Apabila diserang kekejangan atau simpul biawak, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega.

Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.

2. TUAMAN / RENDAMAN AIR PANAS
Jika masih berasa kejang atau lenguh, cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

3. SENAMAN REGANGAN
Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

Cubalah lakukan rutin senaman regangan ini, seperti yang disarankan oleh BabyCenter:

Regangan kaki – Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan. Tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
Senaman tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
Selain senaman ini, ramai ibu turut merasakan bahawa berenang sangat sesuai dilakukan walaupun sarat mengandung.

4. BETULKAN POSTUR
Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.

Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.

5. MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA, SUSU & MAKANAN TINGGI KALSIUM
Sekiranya anda jarang mencukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.

Jika anda jenis yang susah minum air kosong, anda boleh juga berusaha menambah keperluan tersebut dengan dengan jus buah-buahan (tanpa gula).

Ibu-ibu yang sering diserang kekejangan pada waktu malam merasakan bahawa meminum segelas susu sebelum tidur dapat membantu mengurangkan gejala tersebut

6. UTAMAKAN DIET SEIMBANG
Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh atau cramp kaki ketika hamil.

Sejak hamil, keperluan bagi ketiga-tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan anda. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.

Makanan untuk ibu hamil - Ibu hamil kena makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

7. MAKAN SUPLEMEN YANG DIPRESKRIPSIKAN
Biasanya, ibu hamil akan diberikan suplemen oleh Klinik Kesihatan iaitu pil Zat Besi (iron tablet), Asid Folik, Vitamin B Kompleks, dan Vitamin C. Keempat-empat pil ini amat penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda.

sumber : sini

Semoga bermanfaat untuk semua! Doakan kesihatan aku ....


SINOPSIS DRAMA "ADELLEA SOFEA" SLOT AKASIA

$
0
0
Adellea Sofea

Drama rantaian 'Adellea Sofea' bakal menemukan gandingan pelakon Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin.  Telah menemui penonton bermula 6 Disember 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.



JUDUL : ADELLEA SOFEA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
IDEA ASAL : Nurul Halawati
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radiusone Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Sofea
Ungku Ismail Aziz sebagai Firdaus
Jasmine Suraya sebagai Suzie
Bella Dally sebagai Iliya
Fizo Omar sebagai Ikram
Josiah Hogan sebagai Karl
Cassia Iman sebagai Damia
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr Fauziah
Roy Azman sebagai Encik Izham
Uchee Fukada sebagai Rina
Kazar Saisi sebagai Aizi
Iman Zulkarnain sebagai Zahim
Sharisa Haris sebagai Jenab / Jamilah
Remy Maghrib sebagai Sham
Fadzly Fuad sebagai Fahmy

LAGU TEMA
Tentang Rahsia - Judika feat Shila Amzah

SINOPSIS ADELLEA SOFEA
Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.


Nota: Aku dah mula Follow cerita ni. Pada aku jalan cerita dia menarik. sebab buat penonton tertanya-tanya apa rahsia yang cuba di sembunyikan. so, kaki Drama Wajib menonton hehe


RESEPI : KUIH KETAYAP

$
0
0
Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 cawan santan/ sedikit air
2 sudu makan minyak masak


garam secukup rasa
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Cara Membuat Kulit Ketayap

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  2. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  3. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  4. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya. Angkat. Ketepikan.
  5. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
  6. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih...Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  7. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan. ok siap!
             

Bahan Inti Kuih Ketayap

1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
 secubit garam 
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air

Cara Membuat Inti Ketayap

Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering....Sejukkan inti.

Selamat Mencuba 

PERSIAPAN PERSEKOLAH ANAK-ANAK UNTUK TAHUN 2020

$
0
0


Tahun  #2020 bermula lah episod baru persekolahan anak-anak aku. Kalau tahun lepas aku cuma buat persiapan untuk kaisara sahaja. Tahun ini perbelanjaan kewangan kena bertambah sebab kaliff dah naik tahun 1 . Cepat betul masa berlalu! sebenarnya aku nak sediakan entry ini masa bulan disember 2019 lagi. tapi tak sempat rupanya haha. so, aku simpan sini sedikit coretan persiapan persekolahan anak-anak aku bagi tahun #2020. Anak aku dua-dua orang dah masuk sekolah Rendah. yeahhh... diaorang dah besar!

Persiapan Persekolah : BAJU SEKOLAH
Tahun ini aku buat persiapan persokalahan anak-anak awal sedikit, memandangkan keadaan kesihatan aku yang semakin sarat. Jadi aku mula beli barang sedikit demi sedikit. nak beli sekaligus akulah pulak tak mampu nak jalan lama-lama...hahaha. Kaki dah mula sakit2. Alhamdulillah tahun ini Kaisara dilantik menjadi Pengawas sekolah. Makanya perbelanjaan untuk persiapan kelengkapan sekolah dia bertambah lah sikit. kebetulan pula tahun ini sekolah dia nak tukar uniform Pengawas dari baju kurung biasa kepada baju kemeja ( perempuan), pakai skirt senyum dan Vest...ada plak EXTRA kena beli Blazer sendiri. Fuhh mahal juga tu huhuhu.




Untuk adik #kaliff semua kena beli baru, dari baju sekolah, beg, kasut sekolah, kasut sukan dan baju sukan. almaklumlah baru kali pertama nak masuk alam persekolah (Sekolah Rendah). peruntukan aku dekat diaorang mencecah RM250 juga seorang, itu belum masuk lagi baju kelas KAFA. 

Persiapan Persekolahan : BUKU SEKOLAH
Untuk part buku sekolah pula. tahun ini aku tengok perbelanjaan lebih sedikit berbanding tahun lepas untuk Kaisara. Tapi tak pe lah sebab senarai buku dan Yuran yang perlu di bayar dah diedarkan sebelum cuti sekolah. makanya pada aku sempatlah makayah nak buat bajet persediaan buku persekolahan anak-anak. Kalau macam zaman kita dulu-dulu time jualan buku di sekolah baru tahu kan berapa nak kena beli...boleh susah hati lah juga takut kewangan tak mencukupi hehe. Tahun ini Kakak Kaisara Darjah 3 dan kaliff Darjah 1. Total diaorang dua beradik untuk buku sekolah RM300. 

Macam sekolah anak aku kebiasaanya jualan buku dibuat 2 hari sebelum sekolah dibuka. iaitu pada 30 dan 31 Disember 2019. Memang setiap tahun macam itu. aku pun tak pasti kenapa lewat sangat, kalau pada aku mak-mak yang bekerja, aku suka kalau jualan buku di buat lebih awal. sempatlah mak-mak yang bekerja nak prepared tulis nama dan balut segala buku yang dapat tu AWAL-AWAL hehehe. Bila last minit ni..fuhhh macam lipas kudung jugalah aku nak siapkan untuk diaorang dua beradik semalam.



Persiapan Persekolahan : Tempah Stiker NAMA
Tahun ini First time aku tempah stiker nama untuk anak-anak AKU. BUKAN malas tau. tapi Seriusly tulisan aku sebenarnya tak cantikk! (hahaha). Rezeki plak ada kawan yang sediakan servis stiker nama murah-murah aje. Jadi untuk tahun #2020 aku tempah stiker nama untuk Kaisara dan kaliff. Harga? Murah jer 100 PCS RM10.00 untuk sticker nama CLEAR... aku selitkan sekali stiker nama kelas.So mudah tempek aje...hehehe

100PCS tu macam banyak kan. Tapi tak ape kalau tak abis pakai tahun ini boleh Carry Forward ke tahun hadapan so tak membazir okay! 



OK. Sekian Coretan saya untuk Hari ini. Hope esok hari Pertama Persekolahan Kaliff dapat sesuaikan diri dengan keadaan di Sekolah Rendah. InsyaALLah aku akan ambik peluang 2 hari ini untuk melawat dia waktu REHAT nanti. sebab anak aku kaliff memang tak pernah pegang duit untuk membeli lagi. Agaknya macam manalah dia nak mula berbelanja hahaha. 

Aku dah mula bagi pesanan-pesanan PENAJA dekat kaliff sambil di dengari kakaknya hahaha. Makmak memang macam ini. Tipu lah kalau ko tak risaukan anak-anak yang baru nak mengenal ALAM PERSEKOLAHAN. Perasaan Bimbang itu mesti ada... 


Makmak zaman #2020



MIRACLE CALIPH EXCLUSIVE JUAL INSTANT SHAWL #hijabrukayyahdoubleloopshawl

$
0
0
Selamat Pagi

Nak share dengan korang, baru-baru ini aku berkesempatan untuk cuba pakai Instant Shawl terbaru keluaran Mirecle Caliph iaitu hijab rukayyah doubleloop shawl . Material dia best sangat tau. 

                

Ada 4 pilihan warna yang korang boleh pilih:

1) Purple Floral
2) Hitam Abstract
3) Pink Abstract
4) Nude Abstract

CARA PAKAI INSTANT SHAWL MIRACLE CALIPH EXCLUSIVE

LANGKAH 1: Sarungkan bahagian muka pertama INSTANT SHAWL MIRACLE CALIPH EXCLUSIVE

LANGKAH 2: Pastikan bahagian muka pertama dikemas dengan selesa. Jika perlu, pinkan dahulu.

LANGKAH 3: Kemudian, ambil bahagian muka kedua INSTANT SHAWL MIRACLE CALIPH EXCLUSIVE sarungkan sekali lagi ke muka. Boleh letak bahagian jahitan di tepi sebelah telinga atau di bawah dagu ikut keselesaan anda. 

LANGKAH 4: Kemaskan tudung dengan Jarum atau brooch ikut kekemasan yang anda mahu. ok siap!

             


KELEBIHAN #hijabrukayyahdoubleloopshawl

1. PINLESS

kalau korang tak nak pakai pin, jarum atau brooch pun boleh. Material kain jenis berat memang terletak elok je dekat atas bahu korang.

2. JIMAT MASA
kenapa aku kata jimat masa? sebab memang mudah sangat nak pakai just sarungkan aje. sangat sesuai dipakai kalau korang nak travel atau ke tempat-tempat yang korang perlu bergerak aktif.

3. MUSLIMAH FRENDLY
Shawl Miracle Caliph ni panjangnya 2 meter, so jangan risau, shawl ni muslimah friendly. Shawl ni tak pendek dan menutup dada. Korang boleh adjust ikut keselesaan korang.

           


 ****************************************************                                                       
Dan berita baik untuk korang yang teringin nak instant shawl by Miracle Caliph Exclusive nie. Pihak Miracle Caliph berbesar hati nak bagi hadiah #hijabrukayyahdoubleloopshawl by Miracle Caliph Exclusive. Selain pengeluar uniform, Miracle Caliph juga mengeluarkan fashion apparel di bawah jenama Miracle Caliph Exclusive.

Jadi, kalau nak instant shawl by Miracle Caliph Exclusive nie, korang follow step bawah nie:
  • Terhad kepada seorang hanya sehelai sahaja
  • Hanya perlu tanggung kos postage: RM10 Semenanjung Malaysia dan RM15 Sabah Sarawak
  • Like dan follow page: https://www.facebook.com/MiracleCaliph/ 
  • Untuk postage, bank in ke: De Miracle Empire (Maybank)/ No. Account: 5620 8560 6801
  • Terhad pada 500 unit sahaja
  • Whatsapp terus ke: Miracle Caliph Exclusive

Thanks Reading here!
Welcome #2020

SAVONN MAGIC : BERKESAN MENGHILANGKAN KOTORAN DEGIL BAJU SEKOLAH

$
0
0
Selamat Pagi

Dah lama tak muncul entry di hujung minggu kan. Korang tengah buat apa itu? Aku hari ini full dengan persiapan anak nak ke sekolah esok hehe. Basuh baju sekolah, kasut sekolah, tengok kerja sekolah anak, gosok baju sekolah dan segala hal yang berkaitan dgn sekolah hehe

BTW kali ini aku nak kongsikan dengan korang Apa yang aku gunakan untuk menghilangkan kotoran degil dekat baju sekolah anak-anak aku terutamanya #kaliffrizqi. Almaklumlah kaliff ini satu2 nya anak lelaki aku. Baru darjah1. Bila balik sekolah aku tengok dia punya kolar baju MasyaAllah kotornya😂. Macam mana nak hilangkan kotoran itu? Kena sental dengan kuat ke? Aku dah lah tengah sarat nak bertapa lama2 dalam toilet dah xlarat weh!

Dan akhirnya aku terfikir nak beli SAVONN MAGIC Ni lepas baca perkongsian ahli dalam group FB #kemaarumahwithhani. Orang kata belum cuba belum tahu kan..


Memang betul2 boleh tanggalkan kotoran degil.

SAVONN MAGIC❤️❤️

Sekarang dah tak bimbang lagi kolar baju putih selalu kotor. Saya rendam sejam lepas tu terus basuh mesin😂 (mak tak rajin nak gosok dgn tangan), semua kotoran degil tanggal😍

**Anak lelaki baru #darjah1 bila balik sekolah tgk baju dia fuhh! 😌

🌸5 IN 1🌸

🌸Menghilangkan Kotoran Degil
🌸Melembutkan pakaian
🌸Haruman berpanjangan
🌸Pemutih Oxi Bleach
🌸Anti Bakteria

So, korang kalau tak berapa rajin macam aku ni boleh lah try beli harga RM18/SEKILO . Tahan lama mana? Bergantung pada cara penggunaan masing-masing lah ye.. MCM aku rendam guna 2 sudu je sabun tu. Dulu masa kakak Kaisara tahun 1 & 2 aku pakai juga sabun MCM NIE . Sabun Cempaka tapi harga x silap aku RM17/800gm xsilap aku xsampai sekilo. JD lebih jimat lah dengan SAVONN MAGIC ni.  Aku tak jual tau cuma nak kongsi dengan korang je😊.

Memang betul berkesan! Try dlu baru tahu

#pbkongsi #blogpermatabiru #kbba9

SINOPSIS DRAMA "SEADANYA AKU" SLOT AKASIA

$
0
0
Drama adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3. Menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Ditayangkan bermula 15 Januari 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 


Seadanya Aku

JUDUL : SEADANYA AKU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & next scene team
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Norish Karman, Ainina Ahmad, Jasmin Hamid, Anne Abdullah

WATAK PELAKON 
Azlee Khairi sebagai Zarul
Zara Zya sebagai Aufiya
Elvina Mohamad sebagai Wina Ahmad
Redza Rosli sebagai Taufik
Dayana Roza sebagai Zureen
Fadlan Hazim sebagai Hadi
Sharifah Husna sebagai Eliza
Norish Karman sebagai Kartina
Ainina Ahmad sebagai Salma
Jasmin Hamid sebagai Jumah

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Seadanya Aku
Penyanyi : Ippo Hafiz
Lirik : Fedtri Yahya & Ippo Hafiz

SINOPSIS SEADANYA AKU
Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji.

Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. 

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.



Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

Seadanya Aku


** SEMALAM MERUPAKAN episod pertama drama ini.. jalan cerita yang agak menarik juga. Lepas ini ke tonton selalu sebab suka dengan lakonan Zara zya. Dan ini Drama pertama Azlee Khairi selepas lama menyepikan diri gitewww. 


kredit to : here 


HAPPY BIRTHDAY KALIFF RIZQI - 6 TAHUN

$
0
0
Bulan Lepas Disember 2019,
 merupakan hari kelahiran Kaliff yang ke ENAM Tahun 
Tanggal 30.12.2013 ( tarikh lahir kaliff)
Tak sempat nak tunggu tahun baru dah terbersalin awal hehe


Alhamdulillah makin besar dah anak teruna aku ini hehehe
Dah pandai jaga diri sendiri 
Macam biasa bila semakin bijak dan besar ni
Dia dah mula Request nak Birthday Suprise dari Mama dan Papa 
sama Mcm Papa dia suprisekan aku hahaha (katanya lah)




So, Rezeki yang ada kita kongsikan...
Sempena umur kaliff yang ke 6 tahun
Mama dan Papa memang decide nak sambut dekat Pizza Hut 
biasalah bila lahir hujung tahun ini
nak buat sambutan dekat Sekolah dengan kawan-kawan pun tak boleh
Time Cuti Sekolah kan
Jadi lebih jimat sambut birthday anak santai-santai aje
bebudak ni asalkan ingat dan wish pun dah buat diaorang happy
tak perlukan hadiah yang mewah-mewah pun
bagi lah sepenuh perhatian dan kasih sayang untuk mereka





Kali ini plan baik juga
keluar cari Coklat Bouquet dengan Ballon 
kami tak bawa pun dia sekali ( nak suprise kan ) 
Dia Just suruh stay kat rumah jer..
mama bgtahu nak keluar buang sampah (hahaha dia percaya)
Banyak juga kedai kami cari sebab tak tempah awal
risau plan tak menjadi time bulan 12 ini waktu yang agak sibuk untuk husband aku
sebab tu tak nak booking apa2
main terjah jer...







Maka pada hari itu terjadilah
"sambutan Hari Lahir Kaliff Rizqi ke-6 tahun"
senyum dia sampai telinga
Kek tu aku tempat dekat kawan
dia memang suka Kek Coklat Moist
biasanya kalau beli simpan 2-3 hari dalam peti pun dia akan makan lagi
"hantu Coklat dia nie" hehe


Untuk anak Mama

" I  L O V E Y O U #adikkaliff "

6 Y e a r s O l d 




* simpan sini buat kenangan*

Checklist Barang Bayi ( Newborn ) dan keperluan ibu untuk bersalin

$
0
0

SELAMAT PAGI


Aku baru je balik dari check Up #35week dekat klinik KK. Alhamdulillah Misi dah bagi Tarikh untuk aku refer O&G lagi 2 minggu. Harapnya sempatlah aku jumpa Doktor Pakar O&G. Aku kena Refer pakar kali ini sebab sejarah Bersalin Czer last Prengnancy. Korang Doakan aku sempat tunggu Cukup bulan tau. Risau juga ni sebab tanda-tanda Mile Contraction tu dah ada... huhu

So entry kali ini aku just nak share Persedian Barangan Keperluan Bayi & Ibu sebelum Bersalin. Persediaan boleh start buat sikit2, beli sikit2 dan yang penting planning untuk beli item yang paling penting dahulu. Susun mengikut urutan. Boleh tulis dan buat checklist barang bayi supaya kita aware barang apa yang perlu kita beli.

Jom kita tengok Checklist Barang Bayi: 

Tips Checklist Barang Bayi ( Newborn ) dan keperluan ibu untuk bersalin .. 😊
.
PAKAIAN BAYI 
1- Baju harian @ siang - baju seluar pendek dan lengan pendek.. baju lubang2 (Short sleeve dan singlet)
2- Baju malam @ tidur - baju malam selalu nyer beli lengan panjang dan seluar panjang
3- Romper dan Jumpsuit
4- Baju jalan
5- Mittens & Booties - yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki.
6- Bonnet @ topi - yang ni cari material yang cotton, breathable, stretchable supaya baby selesa.
7- Handkerchief / Sapu Tangan - Cari yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet
8- Bib- If baby minum susu meleleh / muak tak kena baju.
9- Barut - yang ni penting untuk baby. Boleh pilih samada barut Zap / Bertali.. Both kena ada. Pemakaian barut zap bila travel sangat sesuai kerana menjimatkan masa. Beli dalam 6 helai pun dah ok.
10- Bedung- Yang ni sangat penting! boleh pilih samada nak bedung zip / infant wrap / bedung tradisional yg macam kain bedung biasa.. beli receiving blanket ni lebih sikit pun takpe boleh dijadikan alas tidur bayi.
.
Diapering
1-Napkin
2-Diapers @ Lampin pakai buang- Mamy Poko @ Petpet
3-Wet Tissue - brand PUREEN
4-Changing mat- Alas bayi (boleh beli size yang mudah bawa masa travel, senang nak letak dalam beg dan sesuai dengan size bayi)
5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor
6-Detergent khas pencuci baju (brand PUREEN pun best & wangi)
.
Baby Care dan Grooming
1-Bedak Bayi
2-Losyen Bayi
3-Minyak Bayi (Baby Oil)
4-Putik Kapas (Cotton Bud)
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby
6-Minyak Telon / Yuu Yee / Tropika Herbal Cream
7-Cotton ball (Kalau boleh cari yang putik kapas tu tebal / lembut sikit supaya sesuai dengan kulit bayi)
8-Nappy Cream-preparation takut bayi terkena ruam lampin. (Joielle/Tropika)
.
Nursering [keperluan tidur baby]
1-Set Tilam - Prefer kekabu dan material kain 100% cotton
2-Baby Cot-Depends nak beli sekarang atau later
3-Kelambu - mosquito net / boleh juga beli set tilam kekabu + kelambu
.
Feeding
1-Botol Susu - Size Puting untuk newborn (slow flow)
2-Bottle Sterilizer
3-Berus Pembersih Botol
4-Penyepit Botol
5-Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7-Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump - Decide samada Manual / Electric (Single/Double Pump) - Brand: Avent, Medela, Malish, Autumnz, Latte, etc.
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice pack]
10-Nursing Pillow- sesuai untuk ibu hamil dan untuk breastfeed baby
11-Nursing Bra
12-Termos
.
Travel
1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle- warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer.
3-Baby carier - Tugeda, Korean Imama Carrier
4-Stroller- Quinny zap, sweet cherry
5-Nursing cover- senang kalau kene BF kat public.boleh cover.
6-Car seat (beli yg 2in1 pun jimat)
.
Bathing
1-Tuala baby
2-Besen Mandi / Baby Bather
3-Toiletries set
.
Keperluan berpantang 
1-Set Berpantang (Supplement / Jamu)
2-Tungku Ibu
3-Tuam/tungku baby - Tuam baby untuk elak baby kembung perut
4-Baju sejuk / Sweater
5-Kain batik
6-Stokin (cari yang tebal untuk mengelakkan kaki masuk angin)
7-Nursing bra
8-Maternity Pad
9-Tuala mandi
10-Breast pad (boleh cari yang washable / disposable)
11-Tukang urut (boleh start survey awal2)
12-Bengkung
13-Air Zam-zam / selusuh
.
Extra
1-Penyangkut Baju Berklip
2-Mainan baby (soft toys & colour yang striking)
3-Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4-Hanger
5-Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby 


Untuk bab Feeding macam Breast Pump aku tangguhkan dlu untuk beli aku prepared yang manual aje. sebab sejarah anak-anak aku yang lalu aku mmg tak dapat pun menyusukan diaorang sepenuhnya. Susu tak ada. Paling lama pun 2 Minggu je. Susu kering masa dalam pantang lagi. Tapi kali ini insyallah dah set juga dalam minda kalau xdapat bagi direct feed aku nak pump je masuk botol selagi ada susu. Aku tahu khasiat susu ibu tu tapi tak semua ada rezeki nak menyusukan anak sepenuhnya kan.

Kalau ikutkan list ini almost 90% aku dah prepared. Cuma tinggal beberapa item je yang aku nak sediakan Last Minit nanti. Dah Noted dlm buku, nt suh En.hubby pergi cari jer hihihi

 Ya Allah..Ya Tuhanku..
Kau Permudahkan Urusanku Untuk Bersalin nanti.

 Doakan aku ye...


RESTORAN NYIRU KLASIK, KUALA PERLIS KEDAI MAKANAN LAUT YANG SEDAP

$
0
0
SALAM..

Kuala Perlis memang terkenal dengan kedai Makanan Laut  @ Seafood
Yelah berdekatan dengan Laut ada pula Jetty ke Langkawi.
Kuala Perlis salah satu tumpuan pelancong singgah makan sebelum bertolak ke Langkawi 

kadang kala Orang ramai yang datang menikmati hidangan Seafood 
bukan setakat orang perlis sahaja
bahkan dari Alor setar atau Sungai petani pun ada yang sanggup ke Kuala Perlis 
untuk menikmati hidangan Seafood yang Fresh-Fresh gituu...

Jadi aku nak kongsi lah dekat korang salah satu lokasi
Makanan Seafood yang best untuk korang singgah selain Restoran Api-Api
iaitu Restoran Nyiru Klasik.

kaunter Cashier

Aneka Makanan Seafood



Sudut Menarik Untuk Bergambar


Sebenarnya, post ini entry terperam 
aku lupa nak publish hehe
harap-harap belum terlambat lah nak share dekat korang
Kedai Makanan Laut yang Menarik di Kuala Perlis ini

Memandangkan rumah aku ke kuala perlis ini dalam 20 Minit je
jadi aku memang selalu ke sini
untuk menikmati makanan laut @ Seafood
yang semestinya sedap & fresh

kalau ikutkan semua kedai makanan laut dekat kuala Perlis ini sedap
cuma aku suka juga ambil kira Lokasi, Kebersihan , Servis dan harga hehe
kalau harganya mampu milik dan TAK tercekik darah apa salahnya ulang banyak kali hihi
dah lebih 3X ulang makan kedai ini 




Pada aku Menu yang memikat selera di sini ialah Masakan Tiga rasa. 
Yang nie aku Oder Siakap 3 Rasa
sedap dan hidangan agak unik..
diaorang letak parutan mangga muda ala-ala somtam giteww

Anak aku Carving nak makan Ketam Celup Tepung
Lepas dah kenyang makan nasi baru oder ketam
sebab tak nak ganggu proses makan haha
bijak tak aku! kikiki
Nak makan ketam nie kena rajin 
tambah-tambah bila anak kecik2 tak reti lagi nak kopek isi ketam
oder 3 ekor je ketam untuk Kaisara & kaliff



Dekat mana Lokasi kedai ini?
jap lagi aku share
kalau korang yang nak masuk langkawi dan singgah bermalam di Kuala Perlis 
boleh la try ke Restoran Nyiru Klasik ini

Alamat: 
Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 
02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu perniagaan: 
 Akan dibuka pada 4:00 PTG

Telefon: 017-440 7843 
(aku copy nombor nie dr FB page diaorang)

nota: Aku share tempat yang menarik untuk korang...semoga bermanfaat. Dekat perlis ini memang banyak kedai makan yang sedap dan Ekonomi . Jimat poket giteww! selamat Mencuba


REFER PAKAR O&G : 36 WEEK PREGNANT

$
0
0

Dua minggu lepas aku ada check up dengan Klinik Pakar O&G. Untuk refer kes aku C-ZER sebelum ini. Refer kali ini masa aku #36week. Untuk ibu-ibu yang ada sejarah bersalin C-zer MMG wajib jumpa pakar bahagian o&g ini. Aku rujuk terus dekat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Sebab kali ini plan bersalin di PERLIS Aje memandangkan 2 orang anak aku sedang bersekolah. Due pula bukan time cuti sekolah. So aku REDHA je lah anak ke-3 jadi anak PERLIS Hehe. Kaisara dengan kaliff dlu ku bersalin dekat HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, Alor Setar,Kedah. Sebab balik berpantang dengan MENTUA heee .

Masa Memula doktor check cuak juga..bimbang takut laka jahitan lama x elok ke ada masalah ke kan. Alhamdulillah doktor cakap semua okaylah. Aku boleh cuba bersalin normal. Cuma dia nk aku decide siap2 nak bersalin cara mana. Normal or C-zer? Sebab kalau C-zer kena booking date siap2. Dia Suh aku yang pilih😂 dan buat keputusan waktu tu juga huhuhu adoii...aku pun xtahu nk buat keputusan macam mana sebenarnya. En.husband pula dekat luar waktu.

Aku ingat masa check up ini doktor tu yang akan decide untuk aku hahaha.

Anda lastly doktor BG date untuk C-zer. Tarikh? Aku akan bgtau next entry ehh


COOLBLOG : "CHEESY PINKY BERRY" PERISA TERBARU DI PASARAN

$
0
0

SEMARAK AURA MERAH JAMBU CHEESY PINKY BERRY COOLBLOG : Ada peminat COOLBLOG tak Dekat Sini?? Haa nak bagitau korang ni Coolblog baru-baru ini telah mengumumkan siri minuman terbaru dari mereka iaitu Cheesy Pinky Berry yang sudah boleh di dapati di semua rangkaian Coolblog seleruh negara. WoW!! rasa teruja dan tak sabarnya Farah nak rasa Minuman terbaru dari Coolblog ini. Nama pun dah sedapp! Datang pula dengan bekas penutup comel berbentuk Love, pastinyanya menarik perhatian anda khasnya peminat pink Pinky gitew! Agaknya bagaimana pula rasanya kan hahaha. So, wajib cuba u'ooulss... (Adeh..aku nie dah lah peminat setia CoolBlog weh...!)

Cheesy Pinky Berry  Dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml, Cheesy Pinky Berry didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan telah dilancarkan di dalam konti radio SURIA FM bersama-sama barisan utama penyampai SURIA FM baru-baru ini. Minuman Baharu Coolblog Cheesy Pinky Berry Strawberry Kini Menghangatkan Deria Rasa anda di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

 PERASMIAN SIRI MINUMAN TERBARU COOLBLOG - Cheesy Pinky Berry 

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di konradio SURIA FM hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Majlis perasmian ini mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog  menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020.

Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu :

  1.  Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky,
  2.  Cheesy Pinky BerryStrawberry Cheese
  3.  Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo 



Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia. 


Muzik Video Cheesy Pinky Berry
Bagi menyemarakkan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka. 

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry
Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.

Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog 

"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan  Cheesy Pinky Berry  sebagai taruhanpertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berryini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebihhebat berbanding siri kempen sebelum ini. Apa   yang   menarik   pada   kempen  Cheesy   Pinky   Berry  ini   adalah   pada   strategi   kami   dalam memberi   minuman   yang  trendy  dan   terkini   bagi   tahun   2020.   

Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.


Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.”

Untik peminat CoolBlog jangan lupa untuk dapatkan CoolBlog Cheesy Pinky Berry di CoolBlog berhampiran anda. Untuk info lanjut anda boleh layari media sosial rasmi CoolBlog.

Facebook: Coolblog Malaysia

#CheesyPinkyBerry 
#CoolblogCPB 
#CoolblogMalaysia

RESEPI: AYAM BEREMPAH MAMAK STYLE

$
0
0


Sempena Perintah Kawalan pergerakan (PKP) Hari ini aku nak share dengan korang Resepi Ayam Berempah Mamak Style . since kita pun tak boleh nak keluar makan dekat kedai Mamak jadi boleh korang try buat dekat rumah nanti...

BAHAN-BAHAN :
Ayam
Rempah kari 
Tepung jagung
Telur sebiji
Garam/kunyit

*Agaran tepung dan rempah kari adaaah mengikut kuantiti ayam anda.

Ayam berempah yang telah di perap

CARA MEMASAK: 

1. Gaulkan kesemua bahan tadi ke dalam bekas berisi ayam yang sudah di bersihkan.
2. Perapkan 10-20 minit.
3. Goreng dengan minyak panas.
4. Untuk rasa yang lebih sedapp taburkan bawang dan daun kari ke dalam kuali ayam goreng tersebut.
5. Siap untuk di hidangkan . 

Selamat mencuba.

#airtanganpb
#blogpermatabiru


5 Best Western Restaurants in Kuala Lumpur

$
0
0

Bila sesekali berada di Kuala Lumpur, antara soal tempat tinggal dan tempat untuk dilawati, perkara lain yang sering difikirkan adalah makanan. Selalunya makanan nasi lemak, nasi ayam, nasi dagang dan lain-lain, jadi kali ini apa salahnya tukar selera. Tekak ni nak juga rasa menu makanan lain seperti steak, pasta dan pizza. 

Bila sebut steak, pasta dan pizza mesti anak tersenyum suka dan rasa seronok. Tambahan pula makanan barat ni memang banyak pun yang sedap-sedap. 
Bila search western food near memacam-macam cadangan restoran best yang muncul.


Beruntung mereka yang tinggal di Kuala Lumpur kerana restoran makanan barat yang best dan sedap memang banyak ada di sana. Antara best western restaurants in KL yang saya rasa macam okay adalah 151 Hugh Low Kopitiam, Mikey’s Original New York Pizza, Hard Rock Café, Table 9 Restaurant dan Overloaded Western KL.


#1 - 151 Hugh Low Kopitiam


Kita kalau dah dapat gaji mesti mengidam nak makan makanan western dan kalau yang jenis kaki lepak dengan kawan-kawan mesti akan ajak kawan-kawan keluar makan sekali. 

Tapi bila diajak, ada pula kalangan rakan yang nak makan nasi. Tak apa, kalian semua jangan panik dan risau sebab terdapat restoran yang dapat menyelesaikan masalah tersebut iaitu 151Hugh Low Kopitiam. 



Di sini terdapat makanan barat dan juga makanan tempatan. Antara menu yang terdapat paling mendapat sambutan adalah Fish & Chips, Meatballs Bolognese, Chicken Burger with Cheddar Cheese dan Crispy Chicken Chop.


#2 - Mikey’s Original New York Pizza

Bagi sesiapa yang rasa nak makan pizza tapi nak cuba pizza yang lain daripada yang lain punya bolehlah cuba pizza daripada restoran Mikey’s Original New York Pizza dimana pizzanya sememangnya lain daripada yang lain. 

Antara menunya ialah  Classic New York Pizza, Buffalo  Chicken Pizza, Mama’s Wild Mushroom Pizza, Sweet Hawaiian Chicken Pizza danBeef Loco Mexicano Pizza.


#3 -  Hard Rock Café

Hard Rock Cafe merupakan antara restoran western yang menjadi buah mulut orang ramai kerana menu-menu yang terdapat di restoran ini tidak pernah menghampakan para pengunjungnya. Dipendekkan kata, kalau nak cari makanan yang betul-betul western, Hard Rock Cafe merupakan pilihan yang sememangnya tepat buat anda.

Terdapat juga menu yang dikhaskan untuk kanak-kanak seperti Soda, Mini Burger yang tidak pedas mengikut selera kanak-kanak, Frothy Milkshake dan Mac And Cheese.     



#4 - Table 9 Restaurant

Restoran Table 9 ini turut menyediakan pizza dalam menu mereka selain makanan western yang lain seperti pasta dan ice cream dimana ia boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh memesannya ketika masa hujung minggu dari jam 12pm hingga 3pm jika anda ingin berjimat lagi untuk mendapatkan lunch set berharga RM22 sahaja.

Dan juga setiap set diiringi bersama salad segar dan kita dapat membuat pilihan minuman antara air Long Black atau Green Tea. jika anda membuat pesanan sewaktu tea time pula anda boleh mendapatkan muffin secara percuma dengan pembelian dua minuman.


#5 - Spoon SteakHouse

Akhir sekali, antara restoran yang disarankan kepada anda ialah restoran Spoon SteakHouse. Kalau didengarkan namanya pasti akan terlintas tentang steak, tetapi disini juga terdapat pasta bagi peminat-peminat pasta yang berada diluar sana. 

Tetapi bukan itu sahaja menu yang terdapat di restoran ini, antara menu lain yang ada adalah seperti T Bone Steak, Pan Fried Salmon dan BBQ Beef Rib.


Tak Perlu Keluar Rumah, Order Terus Dengan Penghantaran

Waktu berkurung sekarang ni nak pergi sana sini memang tak berani. Tak kisahlah duduk di negeri mana sekalipun. Kita kena harus stay at home. Dan kalau lapar sangat tahap tak boleh bawa bincang, dengan hati membuak nak makan menu western food macam kat atas tu, saya cadangkan guna saja servis delivery dari Foodpanda

Untuk apa nak keluar rumah kalau dah servis penghantaran makanan hingga ke depan pintu rumah. Order saja online dan nikmatilah menu kegemaran bersama yang tersayang tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. 




SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN DANA INSPIRASI MALAYSIA (YAPEIM)

$
0
0


Untuk semakan status permohonan Bantuan Pendidikan Dana inspirasi Malaysia

Boleh klik link ini : http://eamal.yapeim.my/semakan


*permohonan bantuan telah di tutup pada Januari 2020

Semoga dengan bantuan yang  akan di berikan nanti dapat meringankan tanggungan tuan/puan.

Sumber : FB YaPEIM official


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)

$
0
0
BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

 


Selaras dengan pengumuman oleh PERDANA Menteri Malaysia berkaitan Pakej Rangsangan ekonomi prihatin bagi mengatasi masalah Covid19. Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada semua rakyat nya. 

Pakej Rangsangan Ekonomi Perihatin Rakyat

Bantuan Kerajaan 

1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

3.Bantuan  RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.

_____________________________________

Untuk Bantuan perihatin apa yang perlu anda lakukan ialah: 

1. Tak perlu daftar

- Penerima BSH 
- Pembayar cukai

2. Perlu daftar

- Bukan penerima BSH
- Bukan pembayar cukai

*Semakan status boleh dibuat bermula 1 April 2020*

*Permohonan baharu boleh dibuat bermula 1 April 2020
- http://www.hasil.gov.my

i-LESTARI ONLINE : CARA MEMOHON PENGELUARAN WANG KWSP AKAUN KE 2 DAN SEMAK STATUS PERMOHONAN

$
0
0
Baru-baru baru ini KWSP telah mengumumkan akan membuat penambahbaikan cara untuk permohonan pengeluaran wang KWSP akaun ke-2 melalui i-lestari. 

Memandangkan tempoh PKP masih dilanjutkan ke Fasa ke-3 makanya ini adalah inisiatif pihak KWSP untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan tanpa perlu menggunakan melalui i-akaun. Tak perlu cetak borang dan tak perlu berpusu-pusu ke pejabat KWSP.

Alhamdulillah kwsp dah mudahkan urusan kita tak perlu nak ke kiosk kwsp. Tak perlu daftar nombor telefon untuk TAC dan tak perlu beratur panjang lagi.

Bagi yang belum memohon lagi boleh klik link ni untuk permohonan. Kejap je isi tak sampai 5 minit selesai...




Untuk yang dah membuat permohonan melalui i-akaun, semakan status permohonan juga boleh di buat di Link ini. 

Cepat dan mudah!


Tq KWSP..

Aku tolong share info je. Akaun KWSP aku dah lama kosong🤣. I'm goverment servent🤭

Berbelanjalah dengan berhemah tau😚
Salam PKP 😂

JOM PUTIH GLOWING DENGAN MYLARA SKINCARE

$
0
0

BASIC WHITENING 3 IN 1 MYLARASKINCARE

Hi petang korang... Aku nak share Hari ini dengan korang produk skincare yang baru aku try last week. Lepas jer bersalin hari itu aku mula perasan kulit aku makin kusam dan tidak bermaya. Mungkin sebab kurang penjagaan atau penuaan 😂. Ohh..sedihhhnya Tak Ada masa nk membelai wajah agaknya hehe. Lalu terpikir nak cuba skincare baru.

Alhamdulillah di pertemukan dengan produk #mylaraskincare aku terus excited nak mencuba. Aku try basic whitening 3 in 1 plus collara. Untuk apa? Elok ke? Jap lagi aku bagitau korang..baca sampai abis tau...😚

Okay, dalam basic set whitening ini ada pembersih wajah, krim siang dan krim malam. Sebagai tambahan aku makan collara juga untuk dalaman.


GLOWING CLEANSER


Pembersihan wajah berbentuk gel, berbau haruman floral segar berwarna soft pink..tidak likat atau melekit, serta berbuih semasa proses pembersihan.

MATTE PERFECT CC CREAM SPF 35 (KRIM SIANG)


Krim rawatan siang berwarna natural skin tone, tekstur lembu, tidak melekit dan tidak berkilat. Berbau almond "matte finish" Dan tidak berminyak. Tidak kesat pada sapuan di kulit 'nano particles' yang tidak menyumbat pori2, mesra wuduk, senang untuk di ratakan pada wajah, nampak 'natural glow' dan kekal sehingga 10jam. Lagi berpeluh lagi glowing gitewww!

Mengandungi SPF 35 Melindungi kulit wajah dari sinaran matahari. Mengandungi bahan aktif almond dan bertindak sebagai  foundation organic. Senang di pakai , tidak mudah bercampuk.

Fungsi  CC cream ( Day Cream )

  • Memudarkan ketidaksempurnaan
  • Mencerahkan
  • Menyamakan tona kulit
  • Melembapkan
  • Melembutkan
  • Menaik seri
  • Meremajakan
  • Melindungi dari sinar matahari (SPF 35)

INSTABRIGHT NIGHT CREAM



Krim rawatan malam hari, berwarna putih pearl jambu, tekstur lembut, tidak melekit, tidak berkilat dan mudah di ratakan pada wajah.

Mengandungi argan aktif buah beri, memberi kesan pencerahan pada wajah seawal tiga hari tanpa pengelupasan, tanpa kemerahan.

✅Untuk tona kulit tidak sekata
✅Sunburn
✅Bekas parut jerawat hitam
✅jeragat
✅Hiperpigmentasi

COLLARA RAHSIA PUTIH MERONA SATU BADAN



CollaRa adalah gabungan teknologi moden Korea dengan ramuan herba turun temurun untuk perubahan kulit lebih cerah, lembut dan anjal 😍 . Dalam bentuk serbuk.

Fungsinya :
✅Mencerahkan kulit
✅Mengurangkan jerawat dan jeragat
✅Menaikkan seri wajah
Menjadikan kulit 1 badan cerah kemerahan jambu-an
✅Merawat parut jerawat dan parut bekas luka/operation
✅Mengurangkan Sunburn/kulit kering/kulit kusam
✅Membesar dan menganjalkan payudara dan punggung
✅Mengetatkan otot-otot wanita
✅Merawat keputihan
✅Atasi masalah senggugut, period tidak teratur
✅Mengetatkan otot vagina
✅ Menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan

REVIEW AKU
Dah seminggu guna set basic whitening 3 in 1 Dan CollaRa ini. Alhamdulillah memang sesuai dengan kulit aku. Masa memula pakai pun okey je... Aku suka pembersih muka 'GLOWING CLEANSER' Mylara Skincare ini sebab berbentuk gel tak macam yang selalu aku guna. Aku bersihkan muka pun kulit rasa lembut dan anjal jer gitewww... Day Cream pun best Pakai sbb berfungsi macam cc cream. Cream Ni warna coco MCM foundation pula tu. Dah tak perlu pakai foundation lain di waktu siang...senang nak sapu pada muka dan kulit rasa lembap je. Night Cream pun sama juga, Bau yang menyenangkan. Aku suka set basic whitening Ni kena pula dengan CollaRa...Aku amalkan hari-hari. Harap-harap muka aku cepatlah nampak glowing balik lepas ni hehe😊. Korang Tak nak cuba ke?

Yang bestnya semua produk Mylara Skincare ada kelulusan dari KKM tau. Tak perlu ragu-ragu lagi. Jom Putih Glowing dengan #mylaraskincare 🤗


HARGA

1. SET BASIC WHITENING : RM75 (Ada offer sekarang)
2. COLLARA : RM75 (Harga Asal)

Sekarang tengah ada promosi harga combo. Nak tahu details lanjut korang boleh tgk dekat website MYLARA SKINCARE.

Untuk Maklumat lanjut :

Website: http://www.mylaraskincareofficial.com/

Facebook: https://www.facebook.com/mylaraskincare/

Instagram: https://www.instagram.com/mylaraskincare

E-mail : mylaraskincare@gmail.com

#mylara
#mylaraskincare #CollaRa

Thanks reading here!
xoxo
#blogpermatabiru

RESEPI ROTI SOSEJ CHEESE

$
0
0



Menu petang #pkp Fasa 3 #day3 : kalau ada mood masak menjadi lah🤭. Macam dah lama tak share Kat socmed resepi.



[ROTI SOSEJ CHEESE]
Guna 5 bahan ja🤗

Roti Gardenia
Sosej
Cheese
Telur
Breadcrumb
.
Cara-Cara:

1. Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.

2. Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.


3. Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.

4. Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.

5. Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Ok.siap!😍
.
#airtanganpb
#sayasukamasak #blogpermatabiru #kbba9 @ Perlis, Perlis, Malaysia
Viewing all 915 articles
Browse latest View live