Quantcast
Channel: PERMATABIRU
Viewing all 915 articles
Browse latest View live

SEMAKAN LEBIHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN (REFUND) PTPTN

$
0
0
SELAMAT PAGI

Memandangkan minggu nie ramai yang search dekat blog
aku pasal Lebihan Bayaran Balik PTPTN
yang aku share last year
ENTRY itu Korang boleh baca sini sebabnya hehe KLIK SINI
aku dah BEBAS hutang dengan PTPTN sepenuhnya yeahhh...

 Jadi kali nie aku nak share sekali lagi dengan korang
  cara menyemak bayaran balik pinjaman (refund) PTPTN 
dengan erti kata lain,
anda telah membuat lebihan bayaran
atau
dalam tak sedar sebenarnya anda dah pun
selesai membayar PTPTN tersebut.

korang klik dan ikut je step dekat bawah nie:


1. Mula-mula sekali Confirm lah kena masuk dulu website PTPTN ^_^




2. Lepas tu korang akan nampak Button macam kat bawah nie "semakan lebihan bayaran". 
klik situ yer




3. Untuk menyemak sama ada anda terlebih bayar atau tidak ,
Masukkan No. IC korang





4. Ini adalah contoh kes aku yer 
*memang ada lebihan bayaran,
 jadi kalau ada lebihan bayaran itu korang akan nampak paparan macam kat bawah ni
"KLIK MOHON"








3.LEPAS KLIK MOHON AKAN ADA PAPARAN maklumat amount lebihan tersebut
  "klik PROSES"

* Dekat sini nanti korang kena masukkan maklumat bank, nama, no akaun & nama bank




4. Last sekali akan keluar paparan
"Permohonan Anda Telah Di Terima Dan Sedang Di Proses"




5. Jadi Korang Tunggu sahaja  Duit Masuk ke akaun korang :)
* Duit refund nie aku dapat balik dalam tempoh 3 minggu jer


sekian, terima kasih.



BERBELANJA DI LAZADA DENGAN VOUCHER MENANG CONTEST

$
0
0
Last Month aku merupakan
salah seorang Pemenang Kedua #bloggercontest Lazada..
yeaahhh tersenyum sampai ke telinga weh!
tak sangka Entry aku terpilih juga
selepas beberapa kali turut serta dalam contest anjuran Lazada heeee

Rezeki aku lah kali nie...
 aku antara 15 Peserta yang memenangi tempat kedua
 dengan hadiah berupa Voucher RM150.00
Korang baca entry sini tau. 

perghhh banyak tu...
nak buat apa yer?
 Ofcoz la berbelanja di Lazada
dah alang-alang ada sale hujung tahun aku cuba la grab barang
yang aku teringin

Nak tahu tak aku beli apa?
alhamdulillah barang-barang aku dah pun selamat sampai 2 minggu lepas
dah lama nie entry terperam tak sempat update
sebenarnya nak wish thank you LAZADA servis yang tiptop
sokmo laju jer barang-barang aku sampai
walaupun kebanyakan barang aku oder yang dari luar negara
barang sampai mengikut date yang di berikan
kira tak menghampakan lah gitu!

okay apa yang aku beli tak banyak
aku grab 4 item sahaja dekat lazada
macam dekat bawah nie






first time aku beli kasut dari lazada
saiz kaki memang ngam-ngam
mula-mula macam cuakk juga nak beli takut nanti saiz kaki tak muat atau terlebih besar
tapi lepas jer baca semua review 
ada suggestion dari customer suruh ambik satu saiz lebih besar dari
yang biasa kita pakai
so, aku pun ikut la tips itu..
dan memang muat-muat kaki

aku belikan sepasang juga kasut buat mr.husband hehe
pun sama memang padan dan cantik jer kasut-kasut dari China tu
baju pun padan dan cantik materialnya
kira berbaloi-baloi la berbelanja kali ini hehe

yeaahhh..i'm happy shopping with LAZADA ^_^

Total keseluruhan aku beli adalah sebanyak RM 149.40
tak termasuk caj Pos
aku guna sebaiknya Voucher itu tau  hehehe
aku tambah sikit sahaja untuk kos shippping




nota: ini adalah pembelian pertama dengan Lazada sempena tahun 2018 hewhewwww




SINOPSIS DRAMA LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

$
0
0

JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
JUMLAH EPISOD : 32 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah

WATAK PELAKON 
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
Adriana Adnan sebagai Farhana
Farez Ridzwan sebagai Azrul

Imam Shah sebagai Shafiq


SINOPSIS :

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka.

Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini.

Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah

APA KATA AKU :

SEBABKAN  ramai yang kata drama nie best makanya aku pun dah terjebak sekali. Now nak marathon tonton drama nie nanti . Tengok dekat online jer... sekarang dah masuk Episod ke 6. Nampak macam best. aku suka lakonan Heroin Drama nie Nelydia. Tak sabar nak tengok episod seterusnya hehe. nah aku sharekan link tonton online Drama Lafazkan Kalimah Cintamu KLIK SINI 

CARRIE JUNIOR KESERONOKAN BERSUKAN DENGAN KOLEKSI ‘SUKAN RIA’

$
0
0

Carrie Junior adalah satu jenama shampoo mandian kanak-kanak yang tidak asing lagi bagi kita. aku sendiri pun dah hampir 4 tahun menjadi pengguna setia produk carrier junior ini. Daripada set mandi, minyak rambut hinggalah ke bedak carrie junior ini memang menjadi pilihan utama aku untuk si kecil kAISARA DAN KALIFF :)

Tentang CARRIE JUNIOR 
CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

CARRIE JUNIOR SUKAN RIA DAN 6 MAINAN COMEL MEMBANTU PERKEMBANAGAN IMAGINASI DAN MINDA ANAK

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan Mainan carrie Junior tampil dengan idea kreatif dan imaginatif.yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml



Antara mainan yang terdapat pada Botol CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml ialah
  • GAJAH yang gemar bermain bola sepak, 
  • SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, 
  • TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, 
  • DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, 
  • SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong,
  • TROFI KEJOHANAN SUKAN

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria. Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Jom tengok video nie . ..
Farah nak tunjuk dekat mana toys sukan ria tu tersorok hehe


UNTUK MAKLUMAT LANJUT  



REVIEW SHOWER FILTER H2O1 FROM KOREA

$
0
0

Hai morning! korang pernah tak dengar pasal SHOWER FILTER? ala Penapis air untuk pancuran di bilik air. Korang biasa dengar tak? BUKAN Penapis air yang selalu korang pasang untuk minum tu. ini penapis air untuk korang mandi. Haaaa bunyi macam bagus kan. Mesti  ada antara korang yang pernah dengar atau sedang  menggunakannya.

Jom aku nak kenalkan dekat korang dengan 
SHOWER FILTER H2O1 dari KOREA.


CROIRE merupakan sebuah syarikat yang di tubuhkan di Singapura . Coire telah melancarakan 3 jenama korea dan menjadi  pengedar sah kepada 3 produk tersebut iaitu produk  H201 Fragrance Vitamin C Shower Filter, Signatural and Renachris
Croiresg.com


❤️Bring The Most Hip Korean Brands To Your Door-step

"Croire” means “ trust” in French. It is a reflection of our goal when we set up this company - to build a trustworthy brand that brings the top-notch Korean products to the consumers in Singapore. We officially launched the e-commerce website in earlier 2017 with three Korean brands we loved, namely H201 Fragrance Vitamin C Shower Filter, Signatural and Renachris. 

Why Korean products? 

Korean pop culture has taken Asia by storm. Since then, anything labelled "Made in Korea" could stir a vast amount of interest.

APA ITU "SHOWER FILTER H2O1"?

Okay, Jom aku cerita serba sedikit pasal H2O1. Apa itu H2O1 ? korang boleh agak tak benda apa? H2O1 merupakan Penapis Pancuran Air yang mengandungi Vitamin.  kebiasaannya di gunakan di dalam Bilik Mandi atau Paip air di dalam rumah anda.  

H201 melambangkan dua atom hidrogen (H2) dan satu atom oksigen (O),korang mesti tahu kan formula kimia air. Jadi , Jenama ini memberi tumpuan kepada peningkatan dan penambahbaikan  fungsi asas air semasa penggunaan pancuran air di rumah dan pasti membuat ada merasa seperti berada di SPA , Menarik kan?


Home - H201 Shower Filter (Made In Korea)


H2O1 SHOWER FILTER 


  1. CHLORINE REMOVAL: Strong chlorine is used for disinfection in order to eliminate microorganisms in the water. Residual chlorine in the tap water will get through into our skin during shower. Constantly use of tap water containing chlorine may cause skin diseases.
  2. VITAMIN C: Vitamin C helps to even out your skin tone, shield skin from visible impact of pollution, significantly improving hydration to keep your skin looking younger. They all have potent antioxidant and anti-aging benefits that gradually diminishes the visible signs of aging.
  3. SNAIL SLIME: Snail mucus protects the skin from harmful UV rays and the external environment, gradually diminishes the signs of skin-aging such as blemishes,wrinkles,acne, marks, improves skin regeneration ability. 
  4. MILK POWDER: Milk powder will effectively remove old and dead skin without the skin irritation.
  5. AROMA THERAPY: The decent smell of H201 is developed by our best perfumer through tens of thousands of tests.It helps you to filter out all your stress.Fully use of shower-time to improve your life.
  6. FRAGRANCE: Four pleasant fragrance shower filter are available which  can fully help release stress and relax your body. 
  • Black Cherry Musk: the perfect mixture of  black cherry and musk fragrance.
  • Sweet Peach Grapefruit: the perfect mixture of real grape fruit and sweet peach fragrance.
  • Ylang Ylang Iris: Ylang Ylang scent drifting along with the morning dew and the warm aroma Iris.
  • Aqua Blue Lemon: Scent harmony of cool breeze and fresh blue lemon.


Home - H201 Shower Filter (Made In Korea)

This all-in-one filter provides you most romantic and nourishing shower experience.

1. Neutralising Chroline residual
2. Nourishing hair and skin​
3. Mild scrubbing effect
3. Zero skin irritation reaction
4. Fundamental moisturiser
5. Zero harmful substances
6. Enhance effects of your hair and skin products




Mula-mula aku tak faham lagi fungsinya, bila dah study sikit pasal H2O1 nie.  So, aku rasa memang best la kalau dapat pasang shower filter nie dekat rumah. mula-mula berangan jer..sekali impian menjadi kenyataan weh! memang betul-betul la dapat pasang shower filter H2O1 nie dekat rumah aku woww! gambar dekat atas nie la aku punya SHOWER FILTER H2O1 FROM KOREA  tu teruja..






CARA PASANG SHOWER FILTER H2O1

Dekat sini nanti aku share dengan korang Cara memasang penapis mandi H2O1 ini di rumah sangat mudah. Nanti aku tunjuk kan dekat korang ehh... Boleh je korang pasang sendiri dekat rumah tak payah nak upah-upah tukang bagai hehe :)

Tengok kat bawah ni yer

STEP 1 : Mudah sahaja hanya sambungkan H2O1 pada paip pancuran mandian di bilik air anda. Pastikan bahagian atas dan bawah sama seperti dalam gambar di bawah.



STEP 2: Pulas dan kemaskan shower filter  H2O1 untuk elakkan air lebihan atau bocor




STEP 3: okay , siap dan boleh digunakan 



selain di guankan di pancuran mandian bilik air . Shower Filter H2O1 ini juga boleh di gunakan di mana-mana paip yang bersesuaian di rumah anda untuk keselesaan dan kegunaan pancuran air yang menyegarkan. Boleh tahan sehingga 4-6 bulan penggunaan H2O1 ini.




REVIEW AKU:

YEAHHH aku dah pun siap pasang dan guna shower filter H2O1 dekat rumah aku. Bila dah pasang dan menggunakannya bebarapa hari nie, aku memang rasa la kelainnya selain bau yang menyegarkan. Kesegaran dan kandungan air dari pancuran yang lebih bersih dan nyam wehh! selain itu kandungan Vitamin C akan membantu memberikan kulit berseri dan lebih sihat. Shower Filter H2o1 untuk mandian yang menyegarkan serta Lebih baik daripada air biasa. Mudah untuk digunakan pancuran bilik mandi di rumah kita.

Shower Filter H2O1 ini mampu mengurangkan klorin dan logam keras dan mineral lain sebelum mereka keluar dari kepala pancuran. Sistem penapisan yang berkesan boleh memastikan bahawa rutin penjagaan kulit kita memenuhi potensi sepenuhnya dan anda pasti berpuas hati menggunakannya.





UNTUK MAKLUMAT LANJUT :





HELLO FEBRUARY

$
0
0
Hai..Diam tak diam januari dah pun berlalu 😂😂 cepatnya masa pergi meninggalkan kita..sob..sob..sob. dah boleh say HELLO FEBRUARY yeahhh..
aku bukan apa kadang rasa masa itu sangat mencemburui aku..di tahun baru nie dah tinggal 11 bulan je lagi..nanti pejam celik pejam celik dah sampai akhir tahun kan😅



Now mood aku menulis memang tengah baik.harap- harap bertambah lah baik.job review pun alhamdulillah dah ada mata yang memandang
Harapan aku agar dapat hasilkan kerja, penulisan dan karya yang memberi manfaat kepada semua

pasal nak tukar DOMIN AKU tak abis pikir lagi.susahnya nak buat keputusan...hahaha
jadi aku rasa kekalkan dulu dengan blogspot aje 😊
Doakan one day aku dapat tukar juga domainn PERMATABIRU ini nanti.

Next entry nanti nak sambung lagi kisah kaisara di tahun 1 😆 dah draff cuma tak abiss edit lagi hewheww.

K.bye

Nak gie masak-masak. Btw next entry ada juga pasal resepi nanti. Hakak dah perasan Blog hakak keyword banyak resepi2 mudah yang u'oulss cari kan kan..😍



REVIEW SUZYHONEY HERBS SET SYAMPU BUNGA ROSE, SABUN GELENGGANG DAN SABUN KOPI SCRUB

$
0
0


REVIEW SUZYHONEYHERBS SET SYAMPU BUNGA ROSE ( SYAMPU DAN PERAPI ) 

RAMBUT ADALAH MAHKOTA BAGI SETIAP WANITA, aku rasa ramai yang idam-idamkan rambut cantik, hitam dan menawan kan. Macam itu juga aku tapi sebagai wanita normal lepas jer bersalin aku memang tak dapat lari dari masalah rambut yang gugur dengan banyaknya, rambut makin menipis di tambah pula kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala. Kalau tanya aku lah dah macam-macam produk yang aku dah cuba untuk atasi masalah rambut aku ini. Sehinggalah baru-baru ini ada kawan yang Suggestkan aku menggunakan Produk Dari SUZYHONEYHERBS.

Kebiasaannya sebelum guna aku memang akan search dulu cari info yang berkaitan. Bila aku baca Kandungan bahan-bahannya dari bahan  semulajadi memang laju-laju la aku nak mencubanya. 

OKAY, jom aku ceritakan serba sedikit tentang Syampu dan Perapi Bunga Rose dari Suzyhoneyherbs ini. kalau korang ada alami masalah macam yang aku nyatakan dekat atas tadi..haaa..korang WAJIB cuba tau hehe... HARGA pun tak mahal 1 SET syampu dan perapi bunga rose hanya beharga RM55 dengan 100 ml setiap botol 100 % Natural


Rangkaian shampoo dan perapi rambut di rumuskan dari bahan semulajadi herba Daun Moringa ,Oleifera Joy, Daun Kelor. Ianya sangat bagus merawat kulit kepala ,scalp , rambut kerana kandungan vitamin A, C ,D, E dan pelbagai mineral. Sesuai di gunakan untuk pelbagai jenis rambut tanpa bahan kimia di jamin halal dan selamat di gunakan.Tanpa Chemical , SLS /,Parabens

Khasiat :
✔ Melancarkan perjalanan darah kulit kepala
✔ Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
✔ Merawat masalah keguguran rambut
✔ Memberi sinar / glowing tekstur rambut
✔ Menguatkan akar rambut

Cara penggunaan :
Tuangkan sedikit shampoo moringa di campurkan dengan sedikit air dan basuhkan kulit kepala / rambut. 
Urut kulit kepala sehingga rata dan kemudian bilas sehingga bersih.
Kemudian tuangkan sedikit perapi / conditionerSapukan ke rambut biarkan seketika selama beberapa minit .
Barulah di bilas cuci bersih.

Kandungan :
Virgin coconut oil, Rosehip oil , Peppermint oil,
Kaffirlime EO , Rosemary EO

✔Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut .
✔Mengelakkan keguguran rambut
✔Sesuai untuk masalah kelemumur
✔Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.
✔Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan mengelakkan bauan hapak.
✔Sesuai untuk rambut nipis dan kering


kalau tanya aku lepas dah guna dan pakai set syampu dan perapi ini. aku pun nak suggest juga pada korang. Sebabnya memang best guna rambut aku makin lembut dan rambut gugur aku perasan makin kurang la. kulit kepala aku kering dan dah tak berminyak. Harap-harap nanti kelemumur pun cepatlah hilang :). Masa aku guna Waktu mandi hari itu, aku rasa sejuk dan segar je kulit kepala. kiranya memang best la guna. Korang try lah nanti. Di jamin tak rugi. Extra best untuk korang yang suka bauan dari Bunga Rose.

SABUN GELENGGANG DAN SABUN KOPI SCRUB SUZYHONEY HERBS

Selain dari Syampu dan Perapi Bunga Rose dari Suzyhoneyherbs ini. Suzyhoneyherbs juga ada mengeluarkan beberapa jenis sabun dengan kandungan dari bahan semulajadi.  Di antara sabun keluaran suzyhoney ialah Sabun Gelenggang dan Sabun Kopi Scrub. Aku sempat lah mencuba dua jenis sabun ini. Kegunaanya sangar baik untuk korang yang alami masalah kulit sensitif, gatal-gatal atau sesuai juga untuk yang selalu alami alahan pada kulit badan. Jom baca Kandungan dan Khasiat setiap sabun keluaran Suzyhoney Herbs ini.



Sabun Daun Gelenggang
Di Formulakan dengan Daun Pokok Gelenggang/Daun Senna yang secara semulajadi terkenal sebagai herba yang mujarab untuk segala jenis penyakit kulit dan sebagai perubatan merawat kulit secara tradisonal sejak zaman nenek moyang lagi.

Kandugan :
Vege Glycerin
Senna Leaf
Virgin Coconut Oil
Jojoba oil
Vit. E Oil
Argan Oil
Litsea Cubeba Essential Oil

Khasiat :
  • Anti Bakteria
  • Menghilangkan bau badan
  •  Ruam
  • Panau
  • Sakit Kulit
  • Resdung, Jerawat dan Parut.
  • Menanggalkan Daki
  •  Gatal-Gatal Kulit
  • Eczema
* Sesuai digunakan muka dan untuk badan untuk kanak-kanak /bayi dan orang dewasa



Sabun Kopi Scrub Homemade SuzyHoney

1)Menghaluskan kulit
2)Menghilangkan bau badan
3)Menghilangkan selulit
4)Menyegarkan tubuh dan menghilangkan penat dengan aroma bauan kopi
5)Melarutkan lemak dan membentuk tubuh
6)Menuetralkan kulit yang kering dan jadikan kulit glowing
7)Menghilangkan bekas jerawat, flek,dan noda hitam pada kulit
8) Mengangkat sel kulit mati & memperbaiki jaringan kulit yang rosak

Kandungannya:
Vegetable Glycerin Organic
Kopi Tenom
Chia seeds
Blue poppy seeds
Grapefruit essential oil
Avacado oil
Vitamin E

Ohh yaa, Bagi Anda berminat dengan sabun diatas? Jom dapatkan Sabun SuzyHoney Herbs di bawah ini 👇

Facebook: 


Selain itu, jika anda berminat untuk menjana income secara dropship atau ingin menjadi agen SuzyHoney Herbs, 

boleh terus WhatsApp: 
+60164229686




KAISARA TAHUN 1 : KELAS TRANSIT

$
0
0
selamat pagi

kesinambungan dari kisah kaisara tahun satu. kali ini aku nak share dengan korang pula. Pasal kelas Transit Kaisara

aku nak share la juga untuk korang buat rujukan, bila anak orang masuk tahun 1 nanti.  Ke mana tempat terbaik yang korang nak hantar anak korang itu nanti. Aku tak katalah duduk dekat rumah itu tak sesuai. Ini dari pengalaman aku bila kami suami isteri bekerja. Takkan nak biarkan anak yang baru nak kenal alam persekolahan duduk sorang-sorang dekat rumah pula kan.

Macam aku pula ini pengalaman pertama anak aku masuk ke sekolah rendah, pembahagian masa aku untuk kaisara agak terhad juga sebab aku pun bekerja, balik pun dah lewat petang. Nak dipendekkan cerita aku hantar kaisara ke kelas Transit PASTI. 

APA ITU KELAS TRANSIT ?

KELAS Transit adalah untuk kanak-kanak di mana ibu bapanya bekerja sepenuh masa. Perkhidmatan Transit Disediakan Untuk Kemudahan Kanak‐Kanak Sekolah Rendah Yang Memerlukan Tempat Persinggahan Untuk Mandi, Makan Tengahari Dan Membuat Persediaan Ke Sekolah (Sekolah Kebangsaan/Sekolah Agama)atau transit di Musim Cuti Sekolah.

Sebenarnya banyak je TADIKA swasta dan PASTI yang menawarkan kelas transit terutamanya anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Yang memerlukan penjagaan selepas waktu persekolahan.


KENAPA AKU PILIH 'PASTI' ?

OKAY , sebelum masuknya tahun 2018 aku sememangnya dah servey banyak sekolah dan tadika transit untuk kaisara. aku memang ambil kira banyak juga faktor sebelum aku & mr.husband pilih untuk hantar kaisara ke kelas transit dekat PASTI. Macam mana cara aku servey? aku pergi ke setiap tadika, nursery yang ada tawarkan kelas transit, jumpa bersembang dan tanya cikgu-cikgu apa yang diaorang akan bagi kalau anak aku masuk transit dekat sana nanti. prkhidmatan yang bagaimana, makan minum dan mandi macam mana? memang aku tanya. aku tengok juga persekitaran sekolah itu dan siapa cikgunya ( macam cerewet je kan hahahaha ) aku sebenarnya simple je cuma kadang-kadang bab anak nie memang aku sensitip juga. kalau boleh nak kan yang terbaik untuk anak-anak.

selepas ambik kira semua faktor lastly aku decided PASTI sebab aku nak kaisara belajar MENGAJI terus dekat kelas transit itu. maknanya aku tak perlu ambik masa rehat dia waktu malam untuk hantar lagi dia ke kelas mengaji. Jadi aku pasti akan ada masa dengan dia waktu malam. selain hujung minggu.

Alhamdulillah dah sebulan kaisara dekat kelas transit pasti itu. dia suka dan seronok. ada kawan-kawan, ada ustazah yang ajar mengaji, ada masa lepas mandi, makan dan mengaji dia akan tido kalau keletihan sangat-sangat dan sebelum balik ustazah akan sediakan sedikit minum petang dan yang paling dia suka sekolah dia ada aircond ( ini memang lawak , kaisara memang suka duduk dalam aircond dia tak suka panas-panas, kalau terpaksa redha la juga dia tu haha )

Now dah sebulan belajar mengaji dah nak abis pun IQRA 1. balik rumah dah mula dok ajar adik dia mengaji. oh yaa..satu lagi, time balik sekolah aku yang uruskan menghantar kaisara ke kelas transit tersebut. sebenarnya kelas itu pun dekat je dengan sekolah dan tempat kerja aku. aku cuma perlu lari sekejap time rehat aku pukul 1.10 ambik kaisara dekat sekolah dan hantar dia ke kelas transit :) 
( mudah kan )

pssstt aku sbenarnya dah pernah cuba hantar kaisara transit kelas mengaji sepanjang cuti sekolah bulan 12 yang lalu. sebab itu aku rasa kaisara memang serasi je masuk transit di situ..apa-apa pun sebagai parents buatlah pilihan sekolah transit yang terbaik untuk anak-anak kita ^_^ ( sekadar berkongsi pengalaman ) 


NAK KURUS KE NAK GEMUK? PILIHAN DITANGAN SENDIRI

$
0
0

Foto Farah Wahida.
Aku sebenarnya tengah dilema
tak pasti badan dan gemuk ke masih tahap kurus? ( hahaha tak sedar diri ) 
tapi kalau ikutkan actually berat badan aku memang dah lebih 5 Kg 
dari berat sebelum nie..almost 1 year ago..

so, kalau boleh aku nak lah maintainkan 
aje berat badan nie..
tapi masalah utamanya 
Susahnya nak control makan -_-
menggoda betul makanan-makanan sekarang




baru sehari tak makan nasi kau dah tergoda dek kek yang manihh-manehh
huissshhh abiss diet ko kena ulang balik
diet clean


pastu selain makanan yang menggoda..
nak bersenam pun tak ada masa
alahai...banyaknya alasan aku kan hahaha
nak bersenam dekat mana?dengan sapa? anak-anak nak angkut sekali ke tinggal ?
mak-mak memang macam-macam aspek nak pikir
 dan akhir sekali ko menternak jelah lemak tu woiit!
dan akhir sekali aku pun gagal nak KURUS!

korang pun mesti ada alsan macam aku nie kan 
tapi asalkan ada kesedaran dalam diri nak kurus untuk sihat
itu pun dah cukup baik...
Kurus bukan semata-mata untuk cantik tau !
so jom aku share tips yang boleh kita amalkan bersama-sama nanti
berjaya ke tak turunkan berat badan hahaha
tips mudah-mudah dahulu kita amalkan


TIPS mudah untuk Kurus ( sila amalkan )

1. Elakkan mengambil makanan ringan (junk food) 
2. Makan dalam kuantiti yang kecil
3.Elakkan makan pada waktu malam
4.Elakkan makan dan minuman yang bergula ( kalau perlu kurangkan minuman bergas )
5. Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran
6. Banyakn minum air kosong
7. Banyakkan berjalan dan berjogging
8. Bersenam secara konsisten
9. Fokus pada tujuan asal nak kurus ^_^
10. Pelajari ilmu kalori 

Jom sama-sama kita amalkan...
psstt btw sebelum bermula jangan lupa timbang 
dan fokus untuk kurus tau.setkan dalam minta sebab nak 
KURUS UNTUK SIHAT!



REVIEW GLOW GELENGGANG SABUN DAN MINYAK HERBA DARI BAHAN SEMULAJADI

$
0
0
KULIT SENSITIF, GATAL ATAU ECZEMA
korang biasa alami tak? masalah seperti diatas. Lepas itu mesti korang tercari-cari produk yang boleh menjadi penawar kepada penyakit gatal serta penyakit kulit  dan pastinya mencari produk dari bahan semulajadi serta bebas steroid.
Jom aku nak share sikit info dengan korang berkaitan produk yang aku sebutkan di atas tadi. Produk Glow Gelenggang iaitu sabun dan Minyak Herba.
Glow Gelenggang adalah Produk Herba Organik membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung, dan penyakit kulit seperti gatal kulit, eczema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta, dan kurap. Daun gelenggang yang sangat di kenali
Glow Gelenggang diformulasi daripada 100% bahan semulajadi yang bebas bahan kimia dan bebas steroid. Produk Glow Gelenggang terbahagi kepada dua jenis iaitu sabun herba dan minyak herba.

Glow gelenggang berkesan untuk menghilangkan masalah seperti
  • Gatal-gatal kulit
  • Eczema
  • Psoriasis
  • Kurap
  • Panau
  • Kayap
  • Badang
  • Bisul
  • Kudis buta
  • Kurap susu bayi
  • Resdung
  • Kutu Air 
Kalau korang ada masalah seperti di atas boleh la mencuba produk dari glow gelenggang. Boleh je kalau korangnak gunakan sabun terleboh dahulu. Untuk menghilangkan maslaah tersebut, lepas tu sapu pula dengan Minyak herba Glow Gelenggang. Insyallah mampu menyembuhkan penyakit kulit korang.


PENGALAMAN MENGGUNAKAN PRODUK GLOW GELENGGANG
Okay, aku nak kongsi dengan korang berdasarkan pengalaman aku sendiri menggunakan produk dari Glow Gelelnggang. Aku memang kadang kala ada masalah gatal-gatal pada kulit terutamanya dekat tangan sebab aku nie ada alahan dengan sabun pencuci pinggan... tak semua sabun aku boleh guna termasuk Sunlight. Kalau aku pakai juga memang naik biji-biji merah kemudian jadi gatal.Jadi alhamdulillah dengan adanya produk dari Glow Gelenggang aku sendiri dah guna dan amalkan.  Bagi aku yang dah cuba pakai sabun dan minyak dari glow gelenggang ini akurasa sesuai jer di gunakan masa selain semasa basuh tangan aku juga guna masa nak mandi.

Korang sabun je bahagian kulit yang gatal macam tangan atau badan,  nak guna untuk muka pun boleh. Selamat juga untuk kegunaan kanak-kanak dan bayi sebab kandungan dari bahan asas semulajadi. so, tak perlu bimbang kan...Lepas je mandi dengan  sabun Herba Organik glow gelenggang nie, korang pakai pula Minyak Herba Organik Glow gelenggang ,  aromanya memang wangi...alhamdulillah masalah gatal aku pun makin berkurangan. 
Sabun Herba Organik Glow Gelenggang
Sabun Herba Organik Glow Gelenggang adalah produk homemade. Sabun herbanya tidak mudah cair, tidak 'putih' dan tidak lembik. Sabun herba ni bertekstur scrub (lulur), nyaman dan sejuk macam mild, sangat selesa menggunakannya. Sabun herba glow gelenggang ni beratnya 50gm, boleh tahan sebula bergantung kepada penggunaannya. Guna sabun herba setiap kali mandi, boleh digunakan pada muka dan badan.

Kandungan utama dalam produk Glow Gelenggang ini ialah:
  • Habbastus Sauda - Untuk kurangkan radang dan menyembuhkan luka luaran
  • Susu Kambing - Untuk mencerah, melembut dan melembab, mencegah kulit kering , kasar dan kusam
  • Minyak Argan - Untuk kulit halus, licin dan mudah menyerap kedalam kulit
  • Minyak Zaitun - Sebagai pelembab yang tahan lama pada kulit
  • Menthol - untuk menyejuk kan kulit

Minyak Herba Organik Glow Gelenggang 

Minyak Herba Organik Glow Gelenggang 30ml perlu disimpan pada suhu bilik, elakkan simpan di tempat panas dan terkena sinaran matahari untuk kurangkan khasiatnya. Minyak Herba mengandungi Habbatus Sauda, tidak panas, tak pedih, tak rengas dan tak berbau busuk, wangi betuk baunya. 

Cara guna minyak herba ini adalah picit dan sapu selepas mandi dengan sabun herba pada tempat yang terkena gatal-gatal kulit sebelum tidur atau bila perlu, guna 2 atau 3 kali sehari. Selepas disapu elakkan dari menggaru kulit, jika gatal sapu lagi dengan minyak herba.

HARGA

Sabun Herba ( 50gm ) 
1 Unit RM 47 
2 Unit RM 70 ( JIMAT RM 24 )
4 Unit RM 140 + FREE 1 Unit ( JIMAT RM 95 )

Minyak Herba ( 30ml )
1 Unit RM 47 
2 Unit RM 70 ( JIMAT RM 24 )

Set Sabun Herba + Minyak Herba
1 Set  RM 70 ( JIMAT RM 24 )
2 Set  RM 140 + FREE 1 Unit Sabun Herba ( JIMAT RM 95 )

Ohh ya sebelum aku terlupa korang boleh gunakan code : FARAH10 untuk mendapatkan diskaun sebanyak rm10 khasnya untuk pembaca blog aku nie haaa..so sweet kan kan..hehehe ( Thank you Glow Gelenggang )

_thanks reading here_ 

Untuk Maklumat lanjut tentang Glow Gelenggang:


FACEBOOK : https://www.facebook.com/glowgelenggang/

INSTAGRAM : www.instagram.com/

Whatsapp:  014-5445951

SINOPSIS DRAMA SLOT AKASIA TIADA ARAH JODOH KITA

$
0
0
Tiada Arah Jodoh Kita




Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Bakal menemui penonton bermula 13 Februari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania, Alis Mariya

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Airis Yasmin sebagai Wardah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
Elfaezah Ul Haq sebagai Aisyah
Alis Mariya sebagai Saidatul
Azzam Zamani sebagai Afwan
Halimah Naim sebagai Mak Siti
Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
Rania Humairah sebagai Alisha
Puteri Adrianna sebagai Wanie

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Rahsia Tuhan 
Penyanyi : Ippo Hafiz


SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah. 

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

sumber : sini 

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

$
0
0

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 - Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

Hasil carian imej untuk eang with shopee

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.


No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.shopee.com.my

Penghujung Februari

$
0
0
selamt petang

aku sebenarnya ada banyak entry personal yang nak share minggu nie
tapi mood nak menulis tu macam ke lautt!
so sad..idea mana idea.... hahaha

memandangkan hari ini hari terakhir di bulan Feb 2018
jadi aku cuba la juga up 1 entry last bulan ini
boleh gitew?
btw aku juga nak gtau korang 
next week birthday kaisara..hehe
saje je nak bagitau sebab tengah cari idea





bila kaisara makin membesar dan pandai request

kaisara : " mama minggu depan birthday kakak kan?"

mama : ye kakak kenapa?

Kaisara : "Boleh tak mama bagi hadiah dekat kakak?"

Mama : kakak nak apa? mama beli kek nanti ye

Kaisara : Kakak nak hadiah mama bukan kek, 
hadiah yang mama balut cantik-cantik pastu ada riben 

Mama : ohh...-_-

SEE..imaginasi anak aku

kaisara dah pandai wish macam-macam time birthdaynya nanti
adoii...sabaq je la..
mama tgh mencari idea nak bagi apa yer hihi
korang ada idea tak?

BERCUTI DI THE GURNEY RESORT HOTEL & RESIDENCES PENANG

$
0
0
Hai..

Ambik mood nak siapkan entry kali ini...phew..pheww after 1 week baru ada kesempatan nak menaip entry percutian kami sekeluarga ke Penang semasa Chinese New Year Hari itu ( CNY2018 ). Kenapa pilih Tahun baru cina baru nak bercuti santai-santai sekeluarga? BTW time CNY baru Mr. Husband aku dapat cuti panjang sikit hihi. Event aku ke sana 2 Hari 1 malam Sahaja hehehe. nak juga ambik kesempatan masa cuti CNY itu. orang kata Family Time gitew!

Kalau ikutkan setiap tahun time CNY kami sekeluarga memang selalu juga jenjalan ke Penang nie. Kali ini pilih Penang lagi tak jemu tau hahaha. Cuma untuk kali ini memang anak-anak aku dah Request nak mandi Kolam. sebab itu aku pilih The gurney Resort Hotel & Residences, Penang. sebelum-sebelum ini aku duduk homestay dekat Balik Pulau jer..

Sebelum booking hotel aku dengan Mr.husband memang dah search website  hotel-hotel yang ada swiming pool dan cari harga yang terbaik nak dapatkan harga yang tak bocor poket hahaha.alaa malas pula nak cerita panjang-panjang...pendek kata 2 hari 1 malam di the gurney resort hotel & residences, penang nie memang best lah hihi...

Jom aku kongsi sedikit gambar ak masa dekat check in bilik dekat sana. Part yang bestnya selain ada swimming pool dekat tingkat 7, dekat dalam bilik pun ada jakuzi...perghhh anak-anak aku sambung berendam pula kat dalam bilik air hahaha. Diaorang memang suka main air..hihi

 KATIL KING

RUANG MAKAN
RUANG MENONTON

RUANG BERISTIREHAT

JAKUZI

BILIK MANDI
BILIK AIR & SET MANDIAN

TOILET



 TUAN TANAH NAK SELFIE SEKALI 

Cantik dan luas kan bilik aku. Okay harga asal untuk 1 malam dekat sini RM3++...TAPI alhamdulilah booking awal , aku ada dapat gov rate jadi harga bilik cuma rm236 semalam termasuk breakfast untuk 2 orang...pheww pheww melompat lah aku...Murah dan berbaloi la bagi aku menginap di hotel ini. 

Aku memang berpuas hati la..memilih untuk check in ekat hotel ini.Anak-anak aku happy jer...dapat  
bilik yang luas, bersih dan pool dia memang menarik, walaupun pool dekat tingkat 7 korang still dapat melihat view laut sebab hotel ini terletak di jalan persiaran gurney sahaja.tepi laut la tu..angin pun kuat....hihi. kitaorang repeat mandi kolam 2 kali haha

PEMANDANGAN DARI BILIK KAMI

OHH YAA..btw lupa nak bagitahu aku duduk di tingkat 15. Jadi bilik aku bahagian atas menghadap ke swimming pool dekat bawah jer..kaliff asyik2 buka tirai je tengok kolam mandi hehe.

Ok.next entry nanti aku share pic dekat swimming pool pula..jap lagi gambar banyak2 korang bosan pula...hahha ^_*


Thanks reading here ^_^

MANDI KOLAM DI THE GURNEY RESORT HOTEL & RESIDENCES , PENANG

$
0
0
Ok sambungan dari entry sebelum ini


Nak masuk bab mandi kolam...😍☐
Disebabkan tujuan utama aku pilih hotel ini sebab nak mandi kolam...makanya lepas je check in kul 3 petang tu...kami sekeluarga terus turun ke kolam renang di tingkat 7.

Actually tingkat 7 adalah lokasi riadah yang di sediakan oleh pihak hotel, selain ada kolam renang, dekat tingkat 7 ini juga terdapat gelanggang bola tampar pantai , permainan games, gelanggang ping pong, sudut istirehat dan tempat untuk besantai. Opss sorry aku lupa pula nak ambik gambar kawasan lain dekat tingkat 7 tu...teringat kolam je hehe

kolam mandi kanak-kanak

lkaisara & kaliff dah tak sabar nak mandi


hati banyak sukaa...kasipeace sikit hehe

Masa mula-mula turun tu anak-anak aku memang dah excited nak mandi...cuaca waktu petang itu  berangin la sikit...sebab dekat tepi pantai sama kot.... te persiaran gurney jer...fuhh punyalah kuat kuatnya angin tu sampai kaliff pun tak tahan sejuk terketar-ketar dia..haha.. tapi hatinya masih kuat nak mandi lama-lama dekat kolam tu hehe...

dua kali juga aku ajak dia naik sambil lap2 badan dan mukanya lepas tu aku siap bungkus dengan towel punyalah sejuk sangat...heeeeee. Orang yang jaga kawasan situ pun dah siap pesan jgn lepas pelampung takut di terbamgkan angin nanti hehe



ohh ya..lupa nak bagitau disebabkan memang dah plan nak mandi kolam...aku memang dah bawa siap-siap pelampung untuk diaorang, jadi tak de la aku risau diaorang tenggelam dalam air tu...Nasib baik penjaga kolam dekat situ bag je custome bawa pelampung dari luar..so dapatlah kami mandi dengan tenangnya hehe





Berehat sekejap kasi can mama nak ajak selfie

Nak selfie lagi dekat kolam mandi Dewasa lakk


okay... jom tengok gambar yang sempat aku rakamkan semasa dekat sana
malas dah nak menulis lagi hahaha
aku just nak kasi tau memang best bawa anak-anak mandi dan beristirehat dekat hotel ini
sambil mandi boleh rehat-rehatkan minda sekali..nak pergi Honeymoon dekat sini pun okay jer..servis pun okay..makanan pun sedap dan banyak pilihan.

Rehatkan mata dan minda sambil merenung kolam renang

Kasara teringin nak masuk mandi dekat kolam Dewasa ini.. mama gayat sebab dalam haha

nak #ootd tepi kolam

peace no war 


kaisara & kaliff tumpang rest sekali 

bila mama, kaisara & kaliff #ootd



thanks reading here...



CARA BAYAR PINJAMAN KENDERAAN GUNA MAYBANK2U

$
0
0
selamat petang

hari ini aku sahaja nak kongsi dengan korang Cara mudah membayar pinjaman kenderaan menggunakan Maybank2u. Jadi entry ini khas untuk pembeli kenderaan yang menggunakan Maybank sebagai institusi pinjaman sewa beli (Hire Purchase).




Di zaman yang serba canggih ini aku pasti ramai pelanggan Maybank yang mempunyai Online Banking seperti maybank2u. Jadi dengan cara itu penggunaan online banking sebenarnya memudah kan semua urusan kita. Tak perlu lagi ke bank , beratur panjang untuk masuk kan duit bayar kepada pihak ke tiga atau melakukan urusan-urusan bayaran bil dengan lebih cepat dan mudah.

Baru-baru ini aku sahaja nak cuba buat bayaran menggunakan Maybank2u. dan transaksi aku berjaya...dengan cara yang mudah jer. so, kat sini aku kongsikan dengan korang Cara Bayar Pinjaman Kenderaan Guna Maybank2u


1. Login ke akaun Maybank2u anda seperti biasa.

2. Klik pada “Accounts & Banking” > “Bill Payment” > “Make a one-off payment”.

3. Pilih “Maybank Loan & Hire Purchase”. Klik “Continue”.

4. Pilih “Maybank Hire Purchase”. Klik “Continue”.

5. Masukkan No. Plat kenderaan anda. Klik “Continue”.

6. Semak nama peminjam sama ada betul atau tidak.

7. Sekiranya betul, masukkan jumlah yang perlu dibayar dan klik “Continue”
.
8. Masukkan TAC dan selesai. Simpan resit sebagai rujukan masa hadapan.

9. Transaksi selesai 


ok.sekian terima kasih. selamat mencuba ^_^


MOTOR EXCIDENT

$
0
0
SELAMAT PAGI

mood menulis makin down
tapi aku gagahkan jua..
mencari masa dan kesempatan yang ada nak mencoret di sini
semalam genap seminggu 
motor husband aku excident

Alhamdulillah bukan en.husband yang bawa motor tu time tu
semuanya berlaku dalam waktu yang aku tak sangka-sangka
bak kata pepatah" bila Sampai Masanya..."
siapa kita untuk melawan takdir.

kejadian dah seminggu berlalu..
Anak sedara aku masih dalam ICU tak sedarkan diri
ada kecederaan dalaman sedikit
tapi alhamdulilah
dapat perkhabaran dia mungkin akan sedar dalam masa sehari 2 lagi
Doakan anak sedara aku sedar dan sembuh semula..

aku bersedih untuk anak sedara aku..
dan untuk motor en.husband aku yang mungkin
takkan kembali seperti sedia kala..
sedihh wehh..
motor yang digunakan untuk mencari rezeki hari-hari
dah tak boleh digunakan lagi..

Now dah tersadai dekat rumah..
ada banyak tempat yang tercalar
mampu pandang sepi jer moto tu..
sambil otak ligat berfikir..manalah nak cari ganti :'(

"sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah Yang menentukan "

aku masih mampu terseyum
sambil memberi semangat untuk en.husband aku
semoga Allah permudahkan urusan kita semua..
susah senang kita bersama :)

* urusan membawa balik motor yang excident itu dah di selesaikan ...Alhamdulilah Allah pertemukan dengan orang yang baik-baik untuk membantu kami sekeluarga.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

$
0
0


BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:



TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT :




TAHNIAH! DATO' SRI SITI NURHALIZA SELAMAT BERSALIN BAYI PEREMPUAN

$
0
0

Kenyataan Rasmi:

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

sumber : FB siti Nurhaliza

DESIGN HADIAH BIRTHDAY DENGAN PRINTCIOUS.COM

$
0
0

Bila sebut sahaja Birthday mesti korang teringat KEK & HADIAH , betul tak ? ermm..Nak bagi hadiah apalah ehh dekat mereka. jom aku nak ajak korang tengok website dekat bawah nie.Ada pelbagai pilihan hadiah menarik untuk di pilih khas untuk Birthday. Korang boleh jer pilih Mug, Tshirt , Bantal siap boleh print muka korang sekali pun boleh hehe..



Nak tahu tak, website apa? yang memberikan kita lakar rekaan sendiri untuk yang tersayang. Pelbagai jenis barangan yang kita boleh berikan pada dia dan rekaan itu adalah hasil dari idea kita sendiri.mestilah cantik kan kan.Nak cari hadiah untuk harijadi pun boleh.

Kalau Anda tercari-cari hadiah yang menarik sempena birthday yang tersayang, BFF, Girlfrends, Boyfrendz ke anak-anak korang atau anak-anak sedara ke cari jer di WWW.PRINTCIOUS.COM. Terdapat pelbagai pilihan hadiah yang menarik menanti anda. The Best Part adalah boleh design sendiri  ikut kreativiti masing-masing mesti cantik kan bila idea kita sendiri kita buat bagi kat orang. Barulah sesiapa yang menerimanya tu akan menghargai pemberian dari hasil seni kita sendiri hihi. 

APA YANG MENARIK DENGAN PRINTCIOUS.COM?

Menariknya printcious.com adalah kita dapat mereka bentuk  design  hadiah mengikut cita rasa masing-masing. ia merupakan laman sesawang yang menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk dihadiahkan kepada yang tersayang
sesuai lah dengan tag line : Precious Gift From Your Heart
semestinya hasil hadiah dari rekaan anda sendiri adalah yang teristimewa kan kan


Best Birthday Gift Ideas For Guys & Girls in Malaysia

Nak pilih hadiah dekat Printcious nie sesuai je di berikan kepada Lelaki Mahupun Perempuan. Antara hadiah "birthday Present" pilihan dari Printcious adalah seperti di bawah ini: 
  1. MUG
  2. CHUSIONS
  3. MOUSEPADS
  4. CANVAS
  5. CERAMIC TILES
  6. T-SHIRT
fuuuhh boleh jadi rambang mata wehh! Last Year aku ada dah grab 1 mug cute for gift ideas for frends. Cantik dan Comel jer..sebab aku printing letak gambar kitaorang dekat mug tu.Seriously memang seronok lah dia..So, korang pun jom la try oder dengan Printcious :)

Nak cari hadiah untuk yang tersayang cepat-cepat ke website Printcious  ni eh.


Hadiah Terbaik Untuk Sidia


CARA PEMBAYARAN 

cara pembayaran di printcious.com sangat mudah ada 3 pilihan. 

1. menggunakan kredit/debit kad
2. Online banking seperti maybank2u dan lain-lain
3. Cash Deposit

UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:


-------------------------------------------------------------------------------------
“If you are looking for best mug printing in Malaysia, don’t forget to contact them. 

Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.” HERE : party photo photo

Viewing all 915 articles
Browse latest View live