Quantcast
Channel: PERMATABIRU
Viewing all 915 articles
Browse latest View live

BIRTHDAY KAISARA 7 TAHUN

$
0
0



salam

dah lama entry ini aku tangguhkan
selepas kesibukkan yang aku sekeluarga hadapi
aku nak juga happykan anak dara aku nie hehe

so simple wish jer
dia nak potong kek dekat rumah
i luv u kaisara

sekejap sahaja masa berlalu 
nak imbas balik masa memula bersalin dia dulu 
#04032011 fuhhh kecik molek je anak dara nie
Now sedar tak sedar dah 7 tahun
dah masuk sekolah rendah pun

semoga kaisara menjadi anak yang cerdik, bijak & pandai

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
WE ALWAYS HAPPY FOR U DEAR









CABARAN 14 HARI BERSAMA EUCERIN PROACNE SOLUTION

$
0
0


Hari ini aku nak share dengan korang setelah aku selesai menyahut #cabaran14haribersamaeucerin yang bermula pada 6 Mac 2018 yang lalu. Yeaahhh...Akhirnya keputusan yang aku perolehi terbukti "kulit aku mampu bebas jerawat dalam tempoh 14 hari" dengan menggunakan Eucerin Proacne Solution A.I.

PERCAYA TAK?yer,sila percaya  aku memang dah uji sendiri produk ini ternyata berkesan seawal 14 hari :) seronok weh, cuba tengok gambar yang aku sempat ambik sebelum dah selepas di bawah ini.Jerawat 2 3 tempat dekat pipi dan dagu tuu huhu

                         


PENGALAMAN MENGUNAKAN EUCERIN
Jerawat memang salah satu masalah bagi kaum Wanita terutamanya yang mempunyai kulit berminyak macam aku. Jerawat aku memang selalu on-off. Kadang kala steress juga tengok jerawat kecik besar dekat dahi dan dagu. Dengan menggunakan Eucerin Proacne solutions A.I ini teksturnya ringan dan tidak melekit senang pula itu nak apply dekat kulit muka. Macam aku kan sebelum ini selalu guna sebelum tidor di waktu malam, calitkan pada hujung jari dan tempek pada jerawat anda. lama kelamaan jerawat itu akan kecut dan menghilang tanpa meninggalkan kesan parut pada muka. aku memang teruja masa memula guna, aku siap cuci satu muka lagi hahaha. punya la excited nak guna Eucerin proacne ini.Selain untuk jerawat yang baru tumbuh boleh juga guna eucerin proacne ini untuk kulit muka yang mempunyai parut jerawat kerana ianya juga mampu memudarkan parut jerawat, menghilangkan binti-bintik hitam dan putih serta menghaluskan kulit wajah.





Tentang Eucerin®
Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin® adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci. Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:

Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;

Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;

Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

"Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit."



CARA MENGGUNAKAN EUCERIN PROACNE


1. Gunakan sekali sehari. Lebih baik pada waktu petang.
2. Sapukan sejumlah kecil (kira-kira saiz pea) ke muka yang dibersihkan dengan sempurna
3. Urut perlahan-lahan ke dalam kulit
4. Elakkan bersentuhan dengan mata anda
5.Biarkan seketika kemudian bilas

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE**** yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Testimoni aku sebagai pengguna Eucerin Proacne Solutions A.I

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.

KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU DENGAN FORMULA TERBAHARU EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT
-----------------------------------------------------------------------------------

Jom Sertai Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12,000!

Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:

  1. Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
  2. Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.


BUAT DUIT DENGAN MARKETPLACE TOK SYED

$
0
0
hai semua

Hari ini aku nak berkongsi satu rahsia menjana pendapatan dengan TOK SYED. Korang beminat tak? Okay kalau berminat meh la teruskan pembacaan dekat blog aku ini. aku nak kongsi ilmu dan aku akan ceritankan sedikit dengan korang "CARA BUAT DUIT DENGAN MARKETPLACE TOK SYED".



sebelum itu bagi aku cerita dahulu apa itu TOK SYED? Tok Syed Distribution Sdn. Bhd. (Tok Syed) merupakan sebuah syarikat tempatan menawarkan produk Balm Bayi Tok Syed kepada orang ramai. Pengasasnya, Syed Mohd. Saiful Ikhwan Syed Abd. Khalid.

KEISTIMEWAAN BALM BAYI TOK SYED

Balm Bayi Tok Syed membantu MELEGAKAN BATUK, SELSEMA DAN HIDUNG TERSUMBAT. Balm ini bukan untuk digunakan pada bayi sahaja malah ianya SELAMAT DIGUNAKAN UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR. Bertambah istimewanya balm ini, bahan-bahan yang terkandung di dalam balm ini dapat memberi kesan yang baik bagi mereka yang mengamalkannya.

ANTARA BAHAN UTAMA BALM BAYI TOK SYED

1 )   BEESWAX ATAU LILIN LEBAH
Merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah serta dapat membantu masalah radang kulit.

2 )   MINYAK KELAPA DARA
Mempunyai pelbagai khasiat untuk dalaman serta luaran tubuh badan.

3 )   MINYAK BUNGA MATAHARI
Diekstrak dari bijinya yang kaya dengan nutrien yang seimbang.

4 )   PATI MINYAK LAVENDER
Menjadi agen utama yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan serta wangiannya yang menenangkan.

CARA PENGGUNAAN

Penggunaan balm bayi tok syed ni sangat jimat tau! Hanya sapu dan urut perlahan-lahan di kawasan yang nyatakan di bawah ini :

  1. Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki.
  2. Urutan perlahan pada belakang badan.
  3. Urutan perlahan di bahagian dada.
  4. Boleh juga disapu sedikit di bahagian ' T ' muka.
Okay dah tahu kan produk Tok Syed. Jom seterusnya aku nak cerita pasal Marketplace dalam WEBSITE Tok Syed, salah satu peluang untuk menjana kewangan anda.Dengan kata lain "buat Duit Online" di dalam website Tok Syed. Fuhh bunyi macam serius ajer kan..dan yes! mmg betul aku nak share dengan korang sebabnya aku pun dah berjaya menjana Income dalam masa tak sampai seminggu. dengan Job yang ada dalam MARKETPLACE Tok Syed.


Amount yang aku dah perolehi hasil dari buat Jobs di Marketplace Tok Syed

JOM BUAT DUIT DENGAN MARKETPLACE TOK SYED

Sebelum itu, suka untuk aku sharekan sebelum korang berjaya menjana income dengan program dari Tok Syed korang perlulah mendaftar terlebih dahulu. Dekat bawah ini entry ini aku sharekan sekali cara "buat Duit dengan Marketplace" tak kira lah anda sebagai seorang Agent, Bloggers Mahupun Affiliates.

Marketplace Tok Syed ini adalah salah satu  platform e-commerce yang menyediakan dan menawarkan pekerjaan online kepada individu yang telah mendaftar dengan Marketplace Tok Syed. Jadi ia terbuka untuk semua yang mendaftar dengan Marketplace

Bagaimana Marketplace Berfungsi:
  • Anda boleh berjual beli, tidak perlu pening pening nak setup platform commerce anda sendiri
  • Di dalam Marketplace Tok Syed, ada satu segmentation category “Job”. Di sini ada di listingkan job-job online yang boleh anda apply dan buat. Dan setiap job yang anda apply, anda akan dapat bayaran.
  • Ada juga Affiliate Program, boleh gunakan link affiliate anda untuk refer user lain register di platform ini.
  • Boleh Dapat Produk Tok Syed. Apabila anda buat maintenance.
Marketplace Tok Syed

Apa yang aku buat? ini baru sebahagian sahaja dari job yang di tawarkan di dalam Marketplace. Ada pelbagai lagi tawaran yang bersesuai dengan anda untuk di lakukan. Caranya? Anda haruslah mendaftar akaun terlebih dahulu. Cara-caranya adalah seperti berikut :

CARA MENDAFTAR DAN "SET UP ACCOUNT"

**Dekat mana nak DAFTAR - KLIK SINI 

LANGKAH #1 - REGISTER ACCOUNT

LANGKAH #2 - VERIFY ACCOUNT DI EMAIL

LANGKAH #3 - SET PASSWORD ACCOUNT

LANGKAH #4 - LOGIN KE DASHBOARD

LANGKAH #5 - LENGKAPKAN PROFILE MARKETPLACE & SETTING ASAS

LANGKAH #7 - BELI KREDIT SMS

LANGKAH #8 -  BUAT MAINTENANCE

lepas dah berjaya mendaftar korang dah boleh mula membuat job yang ada di dalam Marketplace. Boleh juga membuat jualan dan belian di dalam itu. haaa mudah jer kan nak Follow step by step kat atas itu.mesti korang berjaya mendaftar nanti :)

SELAMAT MENCUBA!

Antara Jobs Yang ada dalam Marketplace Tok Syed







Jadi tunggu apa lagi, mendaftarlah di laman Tokk Syed :


Page Jualan

Page Pengedar

Facebook Rasmi

Instagram Rasmi

Youtube Rasmi

No Telefon

016-8262990



KAISARA TAHUN 1: WAKTU REHAT

$
0
0
Hai korang..sejuknya cuaca hari ini kan.Banyak kawasan yang hujan seharian dr semalam. Jalan pun dah berkabus pagi tadi macam oversea gituu hehe. Kain kat rumah aku nie pun tak kering-kering dari semalam.Macam nak kena pergi keringkan kat Dobi aje...hurmm tapi time-time gini confirm la Dobi Full House orang ramai.

Okay back to tajuk asal.aku nak sambung lagi kisah kaisara tahun 1. Dah dekat 2 minggu bersekolah kan.Alhamdulillah kaisara macam dah bole sesuaikan diri dengan sekolah rendah. Kebimbangan aku nie berkurangan la juga.Dia pun dah ada kawan. Aku sebenarnya paling risau part time REHAT la..masa first week sekolah ritu ada lah dalam 3 hari juga aku ulang alik ke sekolah dia waktu rehat.Mujur sekolah dekat je...



Masa second day tu pak guard macam tak bagi juga parent masuk. Tapi aku gtau la nak juga temankan anak sebab kaisara memang tak pernah lagi beli makanan dekat kantin sekolah.aku cuma nak tengok cara dia beli & makan jer. Minggu pertama nie cikgu-cikgu bagi murid tahun 1 rehat aaal 5 minit. Jadi tak de la adegan rebut-rebutan 😂. Nampak macam smooth jer...cuma ada kecelaruan sikit budak-budak tahun satu bila ada duit dalam poket bukan makanan sangat yang di beli.Macam kaisara sibuk nak makan keropok la , vitagen, calsium, jajan 😑 adoii macam mana la nak kenyang kan.




Masuk je hari ke dua aku dah siap warning kaisara  time rehat wajib makan benda-benda berat macam nasi, mee, koew teow, nasi goreng.  Pastu esok tu macam dah ok.Dia beli nasi dan minum air. Part nak beli makan nie memang kena bgtau dia awal-awal, sebelum bayar tanya dulu makcik kantin tu ada duit baki tak...bukan apa nanti lepas je bg duit diorang terus lari jer..-_- Budak-budak kan.



Jadi kat sini aku nak nasihatkan korang yang akan ada anak tahun satu akan datang cubalah ajar anak-anak cara-cara membeli makanan di kantin sekolah. Gunakan kesempatan pada minggu pertama persekolahan sebab time nie memang Parent boleh masuk kawasan sekolah. Kalau anak korang tak cekap guna duit atau tak pandai mengira lagi korang bagi lah di bawa bekal ^_^ 

Nota : minggu ke dua ini memang harap sepenuhnya pada dia, semoga kakak tak ada masalah time rehat akan datang. Jangan singgah  Koperasi tau! :)

Dato' Sri Siti Nurhaliza - Comel Pipi Merah (Lyric Video)

$
0
0



Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Senyuman manis menyejuk jiwa hamba

Semanis-manisnya bak gula

Rupa nan elok penghibur ayah bonda

Indah kurnian maha esa


Sayang disayang Timang ditimang

Alahai manja kuseorang

Sayang disayangi Timang ditimang

Cinta hatiku selamanya


Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)

Di mana dia buah hati saya

Buah hati saya ada di dalam rumah

Di mana intan payung saya

Intan payung saya yang comel pipi merah

Can mali can can mali can

Can mali can ketipung payung

Can mali can can mali can

Can mali can ketipung payung

Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (4x)


Budi nan elok pekerti yang mulia

Panduan hidup hari muka

Taat berjasa jadi orang berjaya

Penuhilah ilmu di dada


Sayang disayangi Timang ditimang

Alahai manja kuseorang

Sayang disayangi Timang ditimang

Cinta hatiku selamanya


Can mali can can mali can

Can mali can ketipung payung

Can mali can can mali can

Can mali can ketipung payung


Ting ting tang ting tang ting tang ting tang ting (6x)


SINOPSIS DRAMA ZAHIR TAK TERUCAP

$
0
0
Zahir Tak Terucap


JUDUL : ZAHIR TAK TERUCAP 
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 Mac 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose, Chacha Maembong, Farisha Irwayu, Esma Daniel, Idris Mat Diah, Rosnah Johari, Syafiqa Zamriez, Saufi Ramli, Elya Miera, Meor Mohd, Annie Ariffin, Azzahra Ahmad, Abu Belalang, Effa Alhabshee, Ismail Jejaka, Elanie Aidid, Azlinda Aziz

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Hisyam
Airel Zafrel sebagai Haziq
Raysha Rizrose sebagai Aishah
Chacha Maembong sebagai Aireen
Esma Daniel sebagai Razak
Farisha Irwayu sebagai Noraini
Idris Mat Diah sebagai Nordin
Rosnah Johari sebagai Zaharah
Syafiqa Zamriez sebagai Zara
Saufi Ramli sebagai Zahim
Elya Miera sebagai Laila
Meor Mohd sebagai Azril
Annie Ariffin sebagai Mimi
Azzahra Ahmad sebagai Mira 

LAGU TEMA / OST 
Delusi - MJ (Meeya & Joe)
Cahaya - Syara

SINOPSIS ZAHIR TAK TERUCAP

Hisyam baru tamat pengajian dan Haziq, abangnya meraikan dengan membawanya bercuti di sebuah pulau peranginan. Di situ, Hisyam berkenalan dengan seorang gadis penjual nasi lemak, Aisyah yang periang dan peramah. Hubungan Hisyam dan Aisyah bukan sahaja dilarang oleh ibu bapa Aisyah tetapi juga dibenci oleh Lokman yang sudah lama menyimpan niat untuk mengambil Aisyah sebagai isteri.

Pada malam terakhir di situ, Hisyam terkejut melihat Haziq bersama perempuan dalam keadaan mabuk. Tanpa rasa bersalah, Haziq meminta Hisyam merahsiakan perangainya jika tidak mahu Razak dan Noraini jatuh sakit. Sejak itu, Hisyam sering bergaduh dengan Haziq kerana tidak mahu bersubahat.

Sehingga satu hari, Haziq sakit dan ditahan di wad kerana jangkitan kuman di paru-paru dan otak. Haziq terkejut dan tidak dapat terima bahawa dia akan mati. Ketika Haziq semakin lemah, dia meluahkan penyesalannya dan meninggalkan permintaan terakhir yang membuatkan Haziq tergamam.

Hisyam terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia. Hisyam redha dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.


SUMBER : SINI

**aku suka drama ini, dah terpaut dengan lakonan airel zafriel & shahrul ridzuan. kadang-kadang buat kita terfikir tak semestinya yang baik di depan mata itu baik juga di belakang kita...kan. lepas ni boleh membawang pasal cerita ini dalam facebook hihi.selamat menonton korang ^_^


JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

$
0
0
PUTRAJAYA:JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018

Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. 


OBJEKTIF PROGRAM
Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

CABUTAN BERTUAH DAN PERSEMBAHAN ARTIS
Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair. 


                               Image result for festival ramadan putrajaya 2018

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

TERDAPAT PELBAGAI GERAI JUALAN JENAMA TERKENAL

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak. 

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi:-

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)

ALTHEA BARE ESSENTIAL : HANYA 3 LANGKAH SAHAJA

$
0
0
Althea Bare Essential merupakan produk terbaru keluaran ALTHEA. Dah banyak hari kan nampak we'oulss dok bergossip pasal produk nie, korang perasan tak? apa yang nak di gossip kan itu? jom aku share dengan korang.


Orang kata nak cantik bukan setakat pandai makeup sahaja. Penjagaan kulit wajah juga aspek utama untuk kelihatan cantik dan menawan gitu. So kat sini aku nak kongsikan dengan korang Bestnya menggunakan set terbaru dari Althe  Bare Essential ini . Kalau korang nak tahu Althea adalah satu website yang menjual pelagai barangan skincare, penjagaan wajah, barangan make up termasuk la juga make up tools..fuhh teruja tak dengar? khasnya untuk wanita la kan. Produk-produk Althea juga mendapat jaminan 100% adalah yang asli, tak de tiruan tau.Nak tengok websit althea klik SINI

Terujanya aku kat sini nak kongsikan pasal Bare Essential yang aku dapat last week. So, dah lebih seminggu la juga aku dah pun cuba Set Bare Essential ini. Pada aku Contour Cleanser ini memang best guna. kulit jadi bersih dan lembut sahaja selepas di cuci. Apa yang ada dalam Althea Box Bare Essential ini? Mesti Korang tertanya-tanya kan.okay jom sambung lagi...




Antara barang yang terdapat dalam Althea bare Essential , "New babies" Produk from Althea adalah
1. Contour Cleanser 150g
2. Primer Water 200mL
3. Fixer Cream 50g

Selain itu ada juga tambahan 3 gift dari althea iaitu

1. Mirror
2. kit Pack Travel bare Essential
3. Althea Marble.

wahhh so sweet! i love that mirror. Haaa...Tadi kan aku cakap dengan penggunaan 3 Produk dari bare Essential ini kulit korang pasti lebih  sihat, cantik dan segar.


Contour Cleanser - RM23.00 
Contour Cleanser adalah langkah pertama dalam penjagaan muka. Cara penggunaannya sama sahaja seperti Pembersih muka yang lain. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti Ice Plant, ekstrak Lemon Myrtle untuk membuang kotoran yang melekat di kulit muka korang. Contour Cleanser ini bukan sahaja membersih wajah malah dia juga meransang peredaran darah dan membentuk muka menjadi shaping ( sebab tu namanya Contour Cleanser kot ). Haaa...Menarik kan Contour Cleanser ni.



Primer Water - RM 43.00
Primer Water adalah langkah ke Dua Penjagaan muka dengan set bare essential dari Althea. Primer Water merupakan produk 2 dalam 1 dimana dia bertindak sebagai toner dan juga primer. Primer ini berfungsi untuk menutup liang pori dan memberi kelembapan kepada kulit. Hasilnya memang menakjubkan kerana kulit bebas dari terhidrat, lebihh glowing dan anjal secara semulajadi. Primer Water mengandungi ekstrak Snow Lotus yang bertindak melembutkan kulit wajah, meningkatkan kelembapan kulit dan menyihatkan kulit secara semulajadi.



Fixer Cream - RM 50.00
Fixer Cream adalah langkah terakhir dengan set althea bare essential.Nak guna pun mudah sahaja. Fixer Cream fungsinya sama seperti pelembap-pelembap yang lain. membantu Meningkatkan kolagen pada kulit, di formulasi agar tidak berminyak dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tahan sehingga 24 jam.



Satu set Althea Bare Essential ini hanya berharga RM116.00 sahaja. Murahkan?Jangan lupa tau setiap pembelian korang akan dapat diskaun 10%, free shipping dan free cermin Althea yang limited edition tu. Box Bare Eseential ini Limited tau. Cepat-Cepat beli sementara stok masih Ada ^_^

Jom Cantik-cantik dengan Althea!

Untuk Maklumat Lanjut : 

FACEBOOK : 



nota: Okay , just nak share aku memang suka dengan set ini best sangat guna untuk kulit muka aku .





CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

$
0
0
KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES
~KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU~


Hadiah dari mama untuk Kaliff

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.


Memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasar
an selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Sesuai untuk kanak-kanak
Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.
   


Cheeky Cherry & Smoothie Berries
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.


Dapatkan Segera Di Pasaran!
Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).


*Harga termasuk GST.
#carrierjuniorfuntimewipes


*Best guna Funtime wipe dari carrier Junior nie. Aku mmg suggest la untuk ibu-ibu kat luar sana yang tak tahu nak cari jenama Wipe apa yang sesuai untuk anak anda. Belilah Funtime Wipe dari Carrier Junior ini. Senang di bawa ke mana-mana, Masukkan dalam Handbeg, simpan dalam kereta atau bagi pada anak2 untuk di bawa ke sekolah pun boleh.

ok.bye! thanks Reading here :)

SINOPSIS DRAMA MR.GREY (ASTRO RIA)

$
0
0
Mr. Grey astro ria

slot Mega Drama di Astro Ria. Dibintangi oleh Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton mulai 9 April nanti di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.adaptasi dari Novel juga.

JUDUL : MR. GREY

JUMLAH EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : April 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Rahim Jailani, Fauziah Ahmad Daud, Azerin Zainal, Ali Reza, Azhar Amir, Farah Nabilah, Kamal Bakar, Wan Nur Khaleda Azizi, Ruzanna Hazmi, Syaza Hussi, Syakirah Nurizzati

WATAK PELAKON
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad
Lisdawati sebagai Datin Musalmah
Gambit Saifullah sebagai Mr Red (Reid Kamal)
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain
Rahim Jailani sebagai Tok Grey
Kamal Bakar sebagai Tuan Syed Hamis
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah
Kayda sebagai Nadine
Nabil Aqil sebagai Nabil
Azhar Amir sebagai Nazri
Wan Nur Khaleda Azizi sebagai Nadine
Zuhair Azerin sebagai Dr Rian
Ali Reza Kavoossi sebagai Dr Herlan
Ruzanna Hazmi sebagai Hanum
Syaza Hussin sebagai Lulu
Syakirah Nurizzati sebagai Kak Ton
Farhami sebagai Ferhan

LAGU TEMA / OST
Luar Biasa - Ismail Izzani

SINOPSIS MR. GREY
Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?


*aku baru jer terjebak dengan drama nie. mmg best la..aku buat marathon dekat tonton Online ajer . tengok semua episod sekaligus .bagi aku bestlah sebab Lawak mungkin kerana banyak penggunaan bahasa Utara, kena dengan jiwa aku yang sememangnya orang utara hihihi. walaupun jalan cerita yang biasa-biasa je kita dengar tapi bagi aku watak heroin it memang sesuai lah dengan dia. BTW aku pun perasan heroin ini dlu selalu berlakon time dia kanak-kanak dulu kan...kan...

BERJAYA TUKAR DOMAIN BARU

$
0
0

alhamdulillah syukur
berjaya juga aku tukar domain baru dekat blog nie
hip hip hooreyy..
dah lama giler aku dok fikirkan pasal domain ini
sebab ada sejarah tak baik pasal domain blog yang lama dulu
dan akhirnya berkubur hehehe

Entah macam mana la datang ilham nak tukar domain nie
sekejap jer terfikir
den wasap kawan2 blog minta pendapat
terus minta tolong diaorang buatkan hahaha

itulah orang kata bila sampai masanya
walaupun aku tak berapa expert pasal domain nie
aku try la juga nak tukar
sebagai salah satu langkah dalam menjenamakan semula blog aku
yang suam-suam kuku ini

so, korang jangan lupa masukkan
nama blog aku yang baru nie dalam bloglist korang tau
this is my Officially blog


korang doakan juga adsense aku berjaya lulus kembali
aku dah cuba upgrade dengan tutorial yang aku baca dekat 
blog-blog lain
aku main redah jer...
harap2 iklan aku dapat menari-nari semula dekat blog ini

welcome to my blog!
#blogpermatabiru

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG

$
0
0
Aku nak share dengan korang nie
Resepi Sotong Goreng Tepung 
yang rasanya Rangup-rangup dan sedap
resepi aku semestinya mudah dan senang korang nak follow

Sotong Celup Tepung
Oleh: #airtanganpb

Bahan bahan:
Sotong 
Telur
Tepung gandum
TepungBeras
Serbuk Kari (daging)/garam/sedikit kunyit
Minyak untuk menggoreng

Inilah sotong aku nak goreng kejap lagi...ambil saiz besar sikit
guna sebiji sahaja telur

celupkan sotong yang dah si salut dengan telur ke dalam tepung
Cara-caranya :

1. Basuh Sotong Bersih, Potong kecil-kecil dan toskan air basuhan

2. Celupkan ke dalam Telur

3. Gaulkan ke dalam Tepung ( Campurkan tepung gandum/tepung beras/serbuk kari/kunyit/garam ) *peringatan! jgn bancuh tepung dengan air tau!xsedap nanti haha jadi cokodokkk pula nanti.

4. Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.

5.Angkat dan siap untuk di hidangkan ^_^

selamat mencuba




sekian dari aku #blogpermatabiru #airtanganpb

MUSIM HARUMANIS DAH KEMBALI

$
0
0
Foto Farah Wahida.

Pon..Ponnnn
aku nak buat iklan sedikit
bersempena dengan mood nak menaip masih ada
aku nak war-warkan dekat korang yang tinggal di luar dari Negeri Perlis
yang teringin nak membeli Buah Harumanis perlis ini
boleh hubungi aku dekat
  sini 

Foto Farah Wahida.

aku saja nak bagi tau tahun nie aku dah OFFICIALLY jadi agen yang sah
so, buah-buah yang aku tawarkan InsyAllah yang dalam Kategori terbaik
kalau korang tinggal luar dari perlis pun aku pos kan hew hew

Menarik tak? ok harga semestinya yang masih releven
sesuai dengan rasanya yang sedap








Apa Itu Mangga Harumanis?
Mangga Harumanis atau dikenali juga sebagai harum manis adalah 
sejenis buah mangga yang tumbuh di negeri Perlis. Seperti yang anda tahu, mangga ini mendapat namanya daripada sifat mangga itu sendiri, iaitu baunya yang harum dan rasanya yang manis.
Pada 2 Ogos 2011, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mendaftarkan Mangga Harumanis Perlis sebagai harta intelek.
Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Mangga ini juga mengeluarkan bau yang sangat harum apabila betul-betul masak – isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Foto Farah Wahida.


Apa Yang Membezakan Mangga Harumanis Dengan Mangga Lain?
Jabatan Pertanian telah bersetuju bahawa mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.
Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.
Dalam erti kata lain, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.
Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis.
Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh.
Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.

Foto Farah Wahida.



BERMINAT NAK ODER?
Okay kalau korang berminat nak oder boleh tengok DEKAT FB aku klik sini , pm inbox /wasap. Boleh juga pm aku dekat email - farahwahidaputra@yahoo.com


ok.sekian,

 terima kasih dekat semua customer yang dah oder Harumanis dari aku ^_^

CARA SEMAK TEMPAT MENGUNDI PRU 14

$
0
0


hai korang! memandangkan Negara kita Malaysia bakal mengadakan Pilihan Raya Umum dalam masa tak sampai seminggu sahaja lagi, makanya kat sini aku nak share dengan korang cara untuk menyemak tempat untuk  korang mengundi nanti. Umumnya pasti sudah tahu kan, Malaysia bakal mengadakan Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 mei 2018. Jadi, inilah masa untuk anda memilih siapa yang bakal mentadbir negara kita dalam tempoh 5 tahun akan datang.

So, Dah bersediakah korang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihanraya umum ke 14 nanti? fuhh tak sabar pula aku rasa hehehe. aku bukan nak berkempen tau! saja je nak share kot korang masih tak tahu macam mana cara nak semak lokasi untuk korang mengundi nanti. baik korang semak awal-awal supaya memudahkan proses mengundi nanti agar korang tak tersalah tempat heeee....ok jom baca cara untuk semak tempat mengundi nanti.

Semakan Lokasi Mengundi Pilihanraya Umum 2018

Anda boleh menyemak lokasi undian anda melalui 2 cara iaitu;

  1. Sistem pesanan ringkas. (SMS)
  2. Atas talian (online)

 Semakan PRU Melalui SMS
Cara membuat semakan adalah dengan;

Taip SPR < jarak > SEMAK < Jarak> NO IC hantar ke 15888

Image result for semak lokasi mengundi


Semakan PRU Daftar Pemilih Online

Cara membuat semakan adalah dengan cara berikut:
  • Layari laman web SEMAK PRU
  • Masukkan no IC dan kod verifikasi
  • Klik Semak
  • maklumat anda akan dikeluarkan di mana tempat menngundi anda.

**Jika anda mempunyai isi rumah keluarga, dan ingin membuat semakan lebih dari 1 IC, boleh layari, SEMAK ISI RUMAH.



SELAMAT MENGUNDI NANTI, TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA ^_^

MEGA BONANZA 2018: Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

$
0
0




MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

Hai Korang! Nak tahu tak Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan Boleh Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW !!! Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tu.


Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja 
ye...!boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Foto Agrofarmstay at Skill-Tech.

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Okay, Jom aku cerita sedikit pasal pakej ini. Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 





Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20 pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20 pax ialah RM2,780. 
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

**Bagi tambahan yang melebihi 20 pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. 
Maximum 78 pax. 

wehh! Sangat-sangat murah & Dijamin berbaloi. 

Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:



Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647

Office:
06 – 232 2761




PENGALAMAN KALI PERTAMA MENGUNDI

$
0
0


HAI KORANG,

Alhamdulillah 9 mei 2018 negara kita Malaysia dah selamat menjalankan proses pengundian. Taniah untuk semua yang telah keluar menunaikan tanggungjawab pada negara. Siapa pun pilihan anda kita adalah warganegara Malaysia. Cewahhh kemain lagi ehh



Aku sebenarnya nak kongsikan Pengalaman Pertama Kali Mengundi. kalau ikutkan Umur aku patutnya dah masuk kali ke dua mengundi Tapi di sebabkan pada #pru13 yang lalu aku tak dapat tunaikan tanggungjawab itu so, #pru14 inilah pengalaman  pertama untuk aku. 

Seronok ke? Aisshhh susah juga nak gambarkan perasaan itu haha. Tapi rasa macam satu kepuasan lah bila kita ada hak untuk memilih siapa pemimpin yang kita suka dan nak menerajui kemajuan negara kita dan membawa kita ke arah yang maju dan membangun selain tidak di tindas dan di perbodohkan hihihi



Aku sebenarnya teruja la juga dah nama pun first time. AKU servey- servey la juga tips-tips yang aku perlu buat dan tahu semasa nak mengundi tu. Fuhh ramai juga yang suggest keluar mengundi sebelah petang...so aku decide nak mengundi pada jam 3 petang lah!

YESS! jam 3 ptg mmg tak ada orang dah sangat dekat saluran aku tu.aku kena saluran 3. Depan Aku tu ada 3 orang je. Memula nebes juga macam nak ambik peperiksaan .eh! Macam mana nak tanda nie. En.husband dah pesan siap2.."mama jaga kertas undi tu jgn bagi rosak", "mama tak boleh ada sebarang tanda dekat kertas tu tau", "Mama nanti nak pangkah tu gunakan IC sebagai pembaris" . MACAM-MACAM LAKK dia pesan, lagi aku nebesss hahaha.

MEMULA daftar nama dekat kaunter SPR aku cuak juga. budak yang daftar tu kenal aku tapi sorry aku tak kenal pula siapa dia huhu😅 sembang2 je la...Siap tanya kenapa mai mengundi di sini. Ayah aku kan kawasan lain. Wehh aku sempat tukar alamat ic je tak sempat nak tukar lokasi mengundi yolahh aku kan baru setahun dekat perlis nie 😅 alamat lama hantar ke situ pula. PASTU pergi ke kaunter sebelah nak tick nama sekali budak laki tu cakap " ehh nama akak dah datang mengundi la" aku senyum jer sambil tunjuk jari. Dalam hati cakap tgk IC dan NAMA bagi betul..."opss sorry silap tengok" katanya 😑. Aduii macam-macam nasib hakak tak naik angin dah la first time.

Alhamdulillah Allah izinkan tepat jam 3 petang aku sampai ke lokasi pengundian. DAH SELAMAT MENGUNDI...Hehehe. SETTLE!


Walaupun ada la juga sedikit dugaan untuk aku sekeluarga masa sebelah pagi tu. nanti aku ceritakan dekat lain entry. Untuk pengetahuan korang time pengundian tu aku check in 4 lokasi sebenarnya. SELAIN mengikut en.husband aku yang mengundi di Negeri Kelahirannya KEDAH. EN.HUSBAND juga nak bawa orang tuanya sekali pergi mengundi kiranya mak dan ayah mentua aku la. Terkejar-kejar la juga pagi tu sbb mak & ayah mentua aku tu mengundi di dua lokasi yang berbeza, jauh boleh tahan juga sejam perjalanan 😂.Dah la terlajak pula tu terpaksa berpatah balik sebab dah lama tak pergi huhu. TAPI di permudahkan sbb bawa warga emaskan boleh terus masuk ke lokasi pengundian dan terus mengundi kirannya kejap je la di SALURAN 1 .

LETIH? ada la sikit2 balik tu terus pengsan dari pukul 7.30 pagi sampai kul 4 ptg baru selesai urusan mengundi hahaha. BTW Tahniah untuk TUN M yang telah di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. SEMOGA JASA-JASAMUDAPAT MEMBANTU MEMBANGUNKAN LAGI MALAYSIA.

" Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ketetapan dari yang Maha ESA Dengan IzinNY "

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE-14 : TUN M DI LANTIK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

$
0
0



HAI SEMUA..

Akhirnya keputusan penuh pilihan raya telah keluar. kalau ikutkan keputusan kali ini mencipta sejarhnya tersendiri apabila kemenangan berpihak kepada penubuhan kerajaan baru. Kerajaan baru akan memerintah Malaysia pada 5 tahun akan datang. Pakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih sembilan kerusi di Sabah dan Sarawak.

Aku sekadar nak share info sahaja untuk korang. manalah tahu kot-kot ada yang nak buat rujukan di masa akan datang. 




Umumnya pasti korang tahu kan Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi di angkat menjadi Perdana menteri Malaysia. Istiadat majlis tersebut diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, pada 11 mei 2018 yang lalu.Tun M mencipta sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang dilantik buat kali kedua mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia.


Tun Dr Mahathir Mohamad Secara Rasmi Jadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia


Malah, usia Tun M yang mencecah 93 tahun pada tahun ini menjadi perdana menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia. Tun M juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada tahun 1981 sehingga 2003 juga menang kerusi Parlimen di Langkawi pada PRU14 kali ini.

TAHNIAH DI UCAPKAN! Semoga semua dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya ^_^


esok cuti dah abis tau! selamat kembali ke sekolah dan selamat bekerja 



NIAT PUASA BULAN RAMADAN

$
0
0
Hai Korang ,



HARI INI 16 Mei 2018... dah nak masuk ke pertengahan tahun . Esok Kita semua akan mula berpuasa. Korang dah bersedia ke? Jom aku share Niat Berpuasa, Mana tau kot-kot ada yang dah terlupa hehe

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Berikut adalah cara lafaz niat puasa di Bulan Ramadhan.

1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan

 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

Alhamdulillah semoga kita semua dapat menjalani Ibadah Puasa dengan Sebaiknya. Perbanyakan amalan-amalan yang baik di bulan yang mulia ini, Mudah-mudahan kita dapat bertemu pada Syawal nanti :)


SELAMAT BERPUASA SEMUA 

10 MENU PILIHAN KETIKA BERSAHUR

$
0
0
NASI adalah menu pilihan biasa yang akan di makan ketika bersahur. Ada jer orang yang tak makan nasi time bersahur kan? Macam aku WAJIB Makan Nasi nak bagi tahan perut sampai ke petang hehe. Mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi lebih 12 jam tanpa makan dan minum di siang hari .

Jadi kat sini aku nak share pilihan makanan yang menjadi kegemaran aku dan keluarga ketika bersahur.... dan aku pasti ramai juga yang memilih menu seperti ini ketika bersahur. Pembuka selera ketika bersahur tau! Korang masak apa sahur nanti ? Jom aku senaraikan antara menu yang aku selalu masak dan sedap di makan ketika bersahur.

1. TELUR MASIN

Hasil carian imej untuk telur masin


2. TELUR GORENG KICAP

Hasil carian imej untuk telur KICAP

3. IKAN PEKASAM

Hasil carian imej untuk ikan pekasam


4. IKAN KERING
Hasil carian imej untuk ikan kering goreng



5. AYAM MASAK KICAP

Hasil carian imej untuk ayam masak kicap


6. ACAR BUAH


Hasil carian imej untuk acar buah

7. SAMBAL BILIS KERING

Hasil carian imej untuk sambal bilis kering


8. SAMBAL HITAM

Hasil carian imej untuk sambal hitam

9. SAMBAL SARDINE

Hasil carian imej untuk sambal sardine

10. DAGING MASAK KICAP

Hasil carian imej untuk daging masak kicap


sumber gambar : Google 

Okay sekian sahaja 10 Menu Pilihan ketika bersahur. kalau tak ada idea boleh la pilih 10 menu ini untuk bersahur . selamat berpuasa korang :)
Ramadan ke-2 ( 2018 ). Jangan Lupa untuk bersahur

10 Quick and Easy Décor Updates for Your Space

$
0
0
Tired of your drab looking apartment? Decorating your space does not have to be the stress-fest people think it is. Of course, your current predicament will influence how easy or difficult your decorating endeavor will be. For example, if you are starting with a blank canvas or even a relatively clean slate (as with most houses found on online ads, such as on PropertyGuru Singapore , you might have an easier time making your home look cohesive. However, if you are looking at redecorating your already-furnished home, it can be difficult to find the balance between making the most impact and not wasting the décor pieces you already have.

Here are 10 quick and easy home décor updates that are sure to enliven your home and prove that decorating your home doesn’t have to be difficult! These steps will take your space from spartan to special in next to no time at all.



1. Create a scene

Create a scene (the good way) in your home with non-permanent decoration methods such as wall stickers and decals. They are an easy way of adding an instant oomph to your space. Although many people think they might seem juvenile and more suited to a kid’s room, they are actually quite handy in many situations. They are easy to install yourself and easy to remove when they no longer pique your fancy. Consider nature-inspired designs for your bedroom or bathroom, or even graphic and geometric designs for kitchens and hallways.


2. It’s cover-up time
Upholstery, when old and worn, can give your space a tired and dated look. An easy way to solve this is by reupholstering your pieces. This can be a smart way to update dated looking textiles, while still preserving the furniture piece. If your upholstery still looks clean, and you just want to spice it up a bit, slip on a set of loose covers. You can give your tired looking upholstery a new lease on life.

3. Add instant storage
Incorporating a new set of freestanding shelves is an easy way of spicing up your space, and it provides practical storage solutions to boot. It can be perfect for a living room, bedroom, or even a hallway. What’s more, it’s easy to move around from room-to-room, or even from house-to-house if you are not thinking of staying put too long. This is a much better alternative to permanent shelves drilled to your walls.

4. Play with pattern
Although a fresh coat of paint is a good way to spice up any room, sometimes, single-color walls can start to look a bit too monotonous. You can consider bringing your walls to life with stencils. This is a smart and easy method of adding some pattern to your walls. You can grab a patterned roller and roll the pattern down the whole of your walls, or even as a border around your wall edges. This gives a subtle yet elegant transformative effect on your space.

5. Go graphic
Rather than redecorating a whole room, why don’t you think about adding some graphic color to your space? You can add some interest by painting horizontal or vertical lines, or even color blocks onto your walls. All you need for a successful graphic reform is a spirit level and some non-bleed masking tape (or painter’s tape) to get the lines perfectly symmetrical.

6. Accessorize with art
Artwork is a great way of injecting some character and personality into a space. Consider hanging a bold single painting, a group of smaller prints, or even some framed family photographs. You can even go all out and dedicate a whole wall to artwork as the focal point of your room. Bear in mind that art does not have to be expensive. Forget about the Monets and Van Goghs. Rather, look out for up-and-coming artists as well as online galleries. This is a good way to get your hands on some one-of-a-kind prints.

7. Co-ordinate
One way to easily tie up your space and put together a new room scheme is to make sure everything co-ordinates. You can source everything from one place to ensure everything is going to all work together. Otherwise, you can find pieces here and there and tie them together with a unifying color scheme or pattern.

8. Invest in lighting
Changing up your lighting can instantly transform the ambience of your space. Sometimes, a change in lightbulbs, for example from a cool to warm tone, can take your space from cold and unwelcoming to warm and cosy. Even something as simple as replacing a lamp shade can make a bold and brighter statement. Steer clear of expensive endeavors such as overhead chandeliers and pendants. Rather, go for easy to install table and floor lamps to light up any dark corners.

9. Dining room chic
Lay down a new brightly patterned table cloth over your old dining table for an instant pop of vibrance. You can even go one step further and paint the wall in your dining area a rich color to match. 

10. Lay down a rug
Cover up scuffed wooden flooring or worn carpets with a colorful rug or runner. Horizontal stripes work perfectly for narrow hallways. You can also consider investing in a large oriental rug for your living room. Another way is to cover up large areas of flooring with a few different smaller rugs for a mix and match patchwork effect.

Viewing all 915 articles
Browse latest View live