Quantcast
Channel: PERMATABIRU
Viewing all 915 articles
Browse latest View live

RESEPI NASI ULAM UTARA

$
0
0

Salam ramadan ke- 8. Alhamdulillah dah masuk puasa ke 8 untuk tahun ini. Kali ini aku nak share dengan korang resepi nasi ulam utara. First time aku try buat ari jumaat yang lalu masa Puasa Ke 2. Kebetulan jumpa Makcik yang menjual Ulam-ulaman. Balik rumah korang potong-potong dan gaulkan ajer bahan-bahannya. Senang dan Mudah.


Tapi sebab first time buat aku cuak juga.takut terlebih rasa kan puasa hahaha. En.husband aku memang suka makan Nasi Ulam ni. Katanya dulu arwah maknya selalu buat, Makanya wajib lah untuk aku belajar buat nasi Ulam nie hehe. Okay jom tengok bahan dan Cara-caranya:

Bahan A
4 cawan nasi sejuk 
 ( Agak-agak lah nak makan banyak mana)

Bahan B
Ditumbuk halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
2 keping asam gelugur

6 biji cilipadi
1 sudu teh garam

Bahan C
6 biji cilipadi - diracik halus
4 biji bawang merah - dimayang halus
2 keping ikan tenggiri masam - di bakar dan dikopek isinya
(Boleh gantikan dengan ikan talang masin, udang kering atau ikan kembung bakar)
3 sudu kerisik

Bahan D
Hirisan Ulam-Ulaman 
Daun kadok, pegaga , selom, daun kunyit, daun cekur, kesom, daun limau purut, daun gajus atau janggus, Ulam raja, daun Kari, bunga kantan, daun asam gelugur, daun sekentut, tenggek burung, bebuaih, daun beluntas, pucuk putat, pucuk samak, sabung nyawa, bunga kunyit, pudina, selasih, kemangi , cemumaq dan lain-lain lagi
Balutkan daun yang kecil dengan daun yang besar untuk memudahkan proses menghiris daun


Cara- Caranya:

Campurkan Bahan B dan Bahan C, gaul hingga sebati
Masukkan Bahan A dan Bahan D, gaul rata 

Boleh di hidangkan bersama asam pedas keladi. 
sedapnya :)

Alhamdulillah menjadi juga walaupun first trial dari aku ^_^

selamat Mencuba U'oulss

JOM BERCUTI DENGAN TRAVELOKA

$
0
0
Seronoknya Traveloka
Siapa di sini yang memang kaki berjalan? Yela tau semua orang ada kaki boleh jalan tapi maksud aku kat sini, kaki travel ke tempat tempat yang menarik, eksotik, tenang, dan sebagainya. Ada juga yang antara korang kena travel at least 2 kali sebulan sebab kerja kan? Aku sure sangat-sangat mesti korang ada yang selalu travel. Kalau bab makanan tu nanti aku ceritakan kemudian, Now pikirkan dulu nak tulis atau tak pasal travel. Ok done merapu!! hahahaha. Sebenarnya, Kat sini aku nak cerita pasal satu website yang interesting. Korang nak tahu tak Website apa tu ? Jeng jeng jeng. of course, Traveloka . So what do they have there?

Okay! Dengan Traveloka, korang boleh menambah ilmu tentang perhotelan tau. How? By read the reviews, location where exactly kat daerah yang korang plan nak pergi bercuti nanti. U'oll's guys can type a city, then the list of the hotels akan keluar. Korang boleh tengok satu persatu with reviews and apa yang hotel tu offer. Korang juga boleh sort lowest to higher price. It’s convenient since sometimes korang tak tahu ada hotel jenis camne kat tempat yang korang nak pergi tu. Very indeed. Bercuti dengan family, love ones, kawan-kawan, kawan satu tempat kerja, akan jadi lagi senang dengan Traveloka.

Bukan tu sahaja, korang boleh juga research berkenaan dengan tiket Flight in the same website! korang akan nampak tab Flight so feel free to click it. sama seperti tadi before korang boleh key in destination pilihan korang dekat website itu juga and akan keluar list of available flight. The best thing is korang boleh buat booking for both hotel and flight sekaligus . Then, Boleh buat payment by internet banking, credit or debit card too. And traveloka cover area hampir satu dunia ni... Awesome kannn. Dah tak payah nak pergi airport, or travel agent or google satu persatu hotel untuk tau sesuai ke tak dengan tempat percutian korang.

Image result for percutian idaman saya

One more thing, korang kena selalu check website Traveloka tau , sebabnya kadang-kadang ada promotions sampai ada off 50%. Mana nak dapat diskaun 50% untuk pergi bercuti kan. For limited time, so aku suggest korang bukak jer hari hari website nie Hahaha. Boleh pilih jenis bilik yang korang nak dan klik pilih, lepas tu Book dan buat payment...Mudahkan? Dengan internet sekarang ni, korang takyah nak keluar rumah kalau nak book hotel dan flight ticket,wow thank you Traveloka.

That is what special about this web. Also web ni secured, selamat sebab Traveloka mempunyai sistem yang stabil, dah ramai yang buat payment and takde pun yang kena tipu.  Ada juga customer support yang work 24 jam sehari untuk tolong korang kalau ada masalah berkenaan dengan booking korang. Quality service yang diorang offer memang boleh memuaskan hati kita semua. So they are trusted website.

Image result for percutian idaman saya dalam malaysia

Korang boleh register dengan traveloka at their website untuk dapatkan update terbaru, newsletter, and promotions. Mana tau ada promotions yang kena dengan korang punya citarasa. Travel for pleasure or business sekarang ni sangat senang untuk plan, preparation dan book. Tiada caj tersembunyi, dan dapat book untuk seluruh Asia Tenggara dan ke benua yang lain. Selain itu, di Traveloka, urusan jual beli adalah dijamin selamat. Lebih selamat daripada kita pergi direct ke travel agency tetapi bukan untuk burukkan mereka, tetapi disebabkan ada kes-kes menipu dimana kita bayar deposit tetapi trip kita itu sama ada ditangguhkan atau agensi itu hilang. so scary kan..Berbeza di Traveloka kerana di sini pengalaman kita seperti shopping online, kita dapat book hotel dan juga flight tiket dari syarikat yang berbeza. Boleh dikatakan one stop travel planning la kan.

Image result for percutian idaman saya dalam malaysia


Pada masa sekararang korang dah boleh plan untuk ke mana sahaja di pelusuk dunia hanya di hujung jari dan , tidak perlu pergi ke banyak website, cuma perlu browse di website Traveloka. Tidak rugi untuk mencuba dengan Traveloka, sangat terjamin, mudah, jalan penyelesaian bagi yang ingin travel last minute. Tidak perlu lagi untuk mengisi minyak pergi ke ofis travel agency atau airport untuk mencari dan booking flight ticket dan hotel. Niceeee.

Jom Booking dengan Traveloka ^_^


RESEPI KUAH PERCIK SIMPLE ( AYAM / IKAN )

$
0
0
RESEPI KUAH PERCIK💕💋

Foto Farah Wahida.

Disebabkan ada yang tanya macam mana nak buat kuah percik, so hakak nak share resepi dengan korang ini versi yg hakak selalu masak dekat rumah.Simple-simple sahaja.
.

Foto Farah Wahida.


Bahan - 
bawang besar
serai
cabai besaq
cabai melaka (sikit) 
**(bland semua )
santan
daun pandan

**+- 
gula/garam
asam keping 1
serbuk kunyit (sikit)
.
Cara Memasak :
Masukkan kesemua bahan2 tadi ke dalam periuk dan masak je atas api kecik. 
Tunggu sehingga pekat (kering air).
Tutup api. 
ok siap!* (Xperlu nak tumis tau !)

Foto Farah Wahida.
.
P/s : Btw kuah percik nie sesuai di letakkan selepas ikan/ayam hampir masak...jangan letak awal2 sangat nanti kuah percik hangus 😙
.
Selamat mencuba 😉

#airtanganpb
#blogpermatabiru

CARA MOHON SEMULA ADSENSE SELEPAS TUKAR DOMAIN

$
0
0
Hai korang, saja aku nak share aku dah Officially tukar pakai Domain dot.com dah hampir sebulan...yeahhh lama juga aku decide nak tukar nie. sayang dengan blogspot yang lama itu...tapi apa kan daya akhirnya aku tukar juga hahaha.

Memula aku ingat nak tukar sebab nak improve kan aku punya blog dari segi seo je agar mudah di jumpai gitu. Tak pula aku fikirkan effect dengan akaun Adsense aku yang dah setahun aku guna tapi tak berapa membuahkan hasilnya hahaha

aku apply Domain dari Syokhost. Semua proses penukaran dioarang yang buatkan. Thanks Syokhost. ( aku nak cerita pun tak berapa pandai haha ) bab domain nie. Masa aku nak tukar Domain tu aku memang ada juga tanya part setting adsense diaorang boleh bantu ke? katanya kena buat sendiri. Memula aku fikir okay la buat sendiri mudah kot. Sekali 3x juga aku try & error sebab kena reject dengan Adsense.Masa second round tu dah kecewa malas dah nak study lagi. ambik masa seminggu juga baru aku re-apply lagi dan akhirnya minggu lepas adsense ak dah muncul kembali yeahhhh!


Okay, Kalau adsense korang hilang macam kes aku nie lepas tukar domain. korang follow je
cara dekat bawah nie. Insyallah berjaya. Go Go Chaiyokkk!


Untuk menukarkan akaun Adsense kepada domain atau hosting baru, 

  1. Log in ke akaun Adsense 
  2. Pilih My Ads 
  3. Other Products 
  4. Upgrade Now 
  5. Isikan form dengan alamat url baharu korang. 
  6. Macam Farah hari tu masukkan www.blogpermatabiru.com dan apply.
  7. Lepas apply, kena tunggu at least 3 hari untuk Adsense proses. Ada rezeki adalah kan.
**Tips Tambahan masa aku nak copy new code untuk pihak adsense review semula blog aku ini... aku delete semua code-code adsense yang sebelum-sebelum nie termasuk iklan-iklan advertoriol dr pihak lain-lain. 

ok. sekian

Selamat mencuba :)

Jangan Lupa Klik Iklan saya hehe




SINOPSIS DRAMA NUR (TV3)

$
0
0
Nur tv3

Drama bersiri bertajuk 'NUR' yang menampilkan gandingan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Sebuah drama terbitan Radius One Sdn Bhd, hasil karya Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan bermula 14 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

JUDUL : NUR
JUMLAH EPISOD : 19 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal

WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Laila Nasir sebagai Mona
Elmy Moin sebagai Marzuki
Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
Jijie Zainal sebagai Jojo

LAGU TEMA / OST 
Tak Pernah Hilang - Amylea dan Kaer
Gantikan Diriku - Idayu

Nur tv3


SINOPSIS NUR (TV3)
Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Siti Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhiran kehidupan Nur bersama Adam?

*AKU DAH menonton beberapa episod cerita nie mmg best banyak pengajaran yang cuba di sampaikan. kotang jangan lupa tonton juga tau !

RESEPI PAPRIK ALA THAI

$
0
0
Hai..
Aku sebenarnya nak share resepi last week masa berbuka
Iaitu Ayam/Udang Masak Paprik
Ala-ala thai gitu..

Nak masak senang je wehh..


Jom Follow Resepi aku
Yang utamanya masak paprik 
Haruslah pakai daun limau purut  hehe
Baru paprik tu ada bau


BAHAN-BAHAN:

Untuk Tumis
Bawang besar/bawang putih
Halia/serai
Daun Limau purut
Cili Blander sedikit
Cili sos/sos tiram
gula/garam
Minyak sedikit

Bahan Sayuran
Baby corn
Bunga kobis
Carrot

Bahan Basah
Ayam/Udang
*terpulang yer nak tambah sotong @fishcake pun bole

Sorry kualiti gambar tak berapa baik 

1. Panaskan minyak di dalam kuali. tUMIS bahan-bahan Bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak/pecah minyak. 
3. Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, diikuti dengan isi ayam. Gaul rata.


sorry kualiti gambar tak berapa baik 
4. Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan bahan-bahan sayur-sayuran. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah pekat (bergantung kepada citarasa masing-masing). 
6. Akhir sekali masukkan udang. Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api. 
7. Siap dihidangkan bersama nasi panas.

**ohh yaka jangan lupa masukkan gula/garam secukup rasa baru sedap...kalau pedas sedikit lagi kaww....kaww hehe. 

SELAMAT MENCUBA ^_^

DSV - Lavida Raya (MV) (LIRIK)

$
0
0




PENYANYI : DATO' SERI VIDA
JUDUL LAGU : LAVIDA RAYA 

Muah…muah
Muah…
Kita nyanyi sama-sama ye…

Yang jauh okay
Yang dekat okay
Di hari raya semuanya mesti okay
Ibu ayah okay
Anak-anak okay
Raya with my family feelingnya paling okay



Di hari raya ku putih jelita
Pinkishnya warna blink-blink shinning sini-sana
Lipstick dimuka merah menyala
Lavida raya unyuk sayang-sayang semua


Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo mintaklah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo bagilah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…ooo…oo banyaknya duit raya


Raya memang happy happy happy
Tema warna warni sayang cantik sekali
Sedondon sehati
Duit seguni saya dah ready
Duit raya diberi…mari mari…mari mari


Di hari raya ku putih jelita
Pinkishnya warna blink-blink shinning sini-sana
Lipstick dimuka merah menyala
Lavida raya unyuk sayang-sayang semua

Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…ooo…oo banyaknya duit raya


Ingatlah sayang-sayang semua ye
Beraya ikutlah kemampuan diri tau
Raya walau setahun sekali
Jangan berhabis belanja berjoli
Ingat tu tau…okay okay…okay tak
Hmmm good


Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo mintaklah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo bagilah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo dapatlah duit raya
Oo…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo…oo…ooo raya
O…ooo…ooo…oooo…oooo…ooo…oo inilah lavida raya


RESEPI ALMOND CRUNCY (BISKUT FLORENTINE)

$
0
0


bahan-bahan yang telah di gaul



Hai semua...Dah buat ke kuih raya? okay jom aku nak kongsi resepi pertama biskut raya aku untuk tahun ini 2018. senang sangat wehh! dulu tau makan jer..kali nie baru kesempatan nak buat sendiri😅. Tahun ni tengok perkongsian dari fb banyak yang bgtau kata mudah so, aku pun terjebak sekali nak mencuba👍🏽


jom kita cuba buat  😁😁aku guna cup cake je untuk bentukkan bagi bulat-bulat 
nak buat kepingan 4 segi x reti nak potong haha. Kalau tanya aku berapa harga kos semua bahan-bahan nie tak sampai pun RM40 boleh dapat lebih dari 2 balang. nie pun aku baru buat separuh. Tepung Florentine tu aku beli 1 pack 500gm RM17.50 ( xde gst hehe)...Harga semasa dekat tempat aku lah kalau tempat lain aku tengok ada je lagi murah kan..kan..So, sis redha je asalkan kuihku menjadi haha..

bahan-bahan yang telah di goreng sedikit bagi garing :)

BAHAN-BAHAN : 




500g serbuk florentine
500g almond slice

200g kuaci hijau
100g kuaci putih
20g bijan putih
20g bijan hitam


Aku guna Acuan Cup Cake ini :)




CARA-CARA:



1. Bakar/Goreng sekejap Almond Slice, kuaci hijau , Kuaci putih di dalam kuali

2. Sejukkan semua betul2 ye dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk florentine. Gaul     
    sehingga sama rata.
3. Sudukan guna 1 sudu besar ke dalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.
4. Bakar selama 5 minit suhu 150c. *tahap kepanasan Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu
    rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven, boleh agak sendiri berapa masa yang di
    perlukan untuk almond cruncy kelihatan keperangan.
5. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu agar mudah di tanggalkan. Cup bole guna semula untuk
    round seterusnya.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.
7. Selesai semua boleh simpan n guna cup tu buat cupcake tuk raya pula hihihi😊.





SELAMAT MENCUBA U'OULSS

SENANG...MUDAH DAN CEPAT!



RESEPI CENDAWAN GORENG KUNYIT

$
0
0


Bahan-bahan:

1 paket cendawan
2-3 ulas bawang putih- diketuk
1 labu bawang besar Holland-dihiris
hirisan halia
2 tangkai cili merah-dihiris
sedikit minyak utk menumis
2 Biji telur
garam dan serbuk kunyit secukup rasa
sedikit serbuk ayam jika suka

Cara membuat:

1. Panaskan 3 sudu minyak untuk menumis



2. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah, halia, goreng hingga layu dan naik bau.

3. Masukkan pula Telur ( goreng dan hancurkan ) , sebuk kunyit dan cendawan



4. Kacau sehingga cendawan menjadi layu

5. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk ayam jika suka


6. Hidangkan panas-panas



 nota : selamat mencuba




SELAMAT HARI RAYA

$
0
0
HAI SEMUA...

SALAM 3 syawal
fuhh aku kejar masa nie nak buat juga 1 entry
sempena raya Aidilfitri tahun nie
macam biasalah 
aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

Foto Farah Wahida.

Alhamdulilah..berjaya juga mengharungi
30 Ramadan dengan jayanya

tahun nie kami #teamrayaperlis
beraya dekat rumah sendiri je..tahun ke dua di rumah baru
rumah my parents sebelah rumah sahaja hehe



CERITA 1 SYAWAL KAMI : 2018

$
0
0
HAI SEMUA...

Foto Farah Wahida.


Dah seminggu berlalu..... Hari ini syawal ke-10...ada lagi ke yang masih bercuti?Amboiii banyaknya cuti korang ehh..hahaha. Raya tahun ini aku ambik cuti tambahan 2 hari sahaja. sehari sebelum raya dan sehari selepas office di buka semula ( isnin ). itu pun mood masih berhari raya lah..sebab ramai lagi yang belum masuk bertugas time tu hahaha

RAYA DEKAT MANA?
okay aku apply cuti 2 hari sahaja sebab raya kali ini aku tak ke mana-mana pun. cuma behari raya pertama di rumah family aku dekat #perlis dan raya ke dua balik rumah mentua dekat #kedah. ahhh dekat-dekat aje...mood balik kampung hadap jem tu tak lah terukk sangat hihi... aku pun pernah ada pengalaman pulang ke kampung time raya hadap jem 7-8 jam itu kisah 2 tahun lalu masa masih di rantauan. Alhamdulillah kenangan yang boleh di ingati. mood balik kampung time itu memang happy giler..jem pun jem lah !gituuu

MERIAHNYA RAYA

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, termasuk Nazri Che Mat Din, Schucott Jaafar, Khairul Izham, Fariza Putra, Farah Wahida, Fatin Hazwany Putra dan Farradiela Putra, orang senyum, orang berdiri
Foto Farah Wahida.

yer meriahnya raya bila dapat kumpul ramai-ramai. macam aku tahun nie raya turn sebelah aku dahulu. memang awal-awal dah plan pakai baju sama colour...than decided tahun nie pakai sedondon "BLUE BLACK" pastu tudung match & matching masing-masing gituww bagi ada tone tak delah nampak macam kumpulan nasyid haha... Alhamdulillah dipermudahkan semua perancangan walaupun last minute my father tak dapat berhari raya bersama-sama...tapi kami 5 beradik decide untuk continue aje plan asal :).. Malam raya kumpul ramai-ramai geng mak-mak bincang bab kosmetik, pakat buka beg make up sorang satu hahaha...geng pak-pak dok bersembang bab bola dekat dangau di luar rumah.. (meriahkan) layankan juga anak-anak buah aku main bunga api ^_^

MENU RAYA PERTAMA

Foto Farah Wahida.

kami adik beradik kalau berkumpul benda pertama yang masuk dalam perbincangna semestinya Menu makanan haha.. #gengkuatmakan ada sahaja benda yang nak di buat bersama-sama dekat dapur tu..so, tahun nie proceed menu NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH + ACAR TIMUN.... gambar macam tak ada aje..tak sempat nak snap.. we'oulss ramai litang pukang juga rumah pagi raya tu macam ribut taufan haha...mana yang nak makann, nak bersiap, nak siapkan makanan yang menangis-menangis manja semua adooo..Aku redha aje..setahun sekali ramai-ramai berkumpul memang best..

so last dapat la snap beberapa keping gambar kenangan Raya 2018. next time maybe boleh plan lagi lain color pula..kebetulan pula ramai betul yang update baju raya BlueBlack, Navy blue & dark Blue..nampak sama jer tiga -tiga colour nie..tu yang ramai pakai gamaknya hahaha

BTW kami sempat juga celebrate hari raya makan & bakar-bakar  satey di malam hari..nanti lah kalau rajin aku kongsi cerita lagi. inilah kisah raya aku tahun ini. selamat hari raya untuk semua..semoga lebaran dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita lebih-lebih lagi adik-beradik..kalau semua sekepala insyallah dapat la berkumpul sesama selalu :)

aku kongsikan sebahagian gambar raya kami tahun ini :)
next lagi 2 tahun nak sedondon lagi warna apa pilihan kami? tungguu......hihihi
next year semua beraya rumah mentua..so takleh sedondon haha

Foto Farah Wahida.


Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.


SELAMAT HARI RAYA SEMUA ...

K. BYE!

Siti Badriah - Lagi Syantik- Pretty Full (Official Music Video NAGASWARA)

$
0
0




LIRIK : SYANTIK

emang lagi syantik
hei sayangku
hari ini aku syantik
syantik bagai bidadari
bidadari di hatimu

hei sayangku
perlakukanlah diriku
seperti seorang ratu
ku ingin dimanja kamu

hei sayangku, hari ini aku syantik
syantik bagai bidadari, bidadari di hatimu

hei sayangku, perlakukanlah diriku
seperti seorang ratu, ku ingin dimanja kamu

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik
syantik syantik gini hanya untuk dirimu

hei sayangku, hari ini aku syantik
syantik bagai bidadari, bidadari di hatimu
hei sayangku, perlakukanlah diriku
seperti seorang ratu, ku ingin dimanja kamu

emang lagi syantik, emang lagi syantik

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik
syantik syantik gini hanya untuk dirimu

emang lagi manja, lagi pengen dimanja
pengen berduaan dengan dirimu saja
emang lagi syantik, tapi bukan sok syantik
syantik syantik gini hanya untuk dirimu


DUIT RAYA UNTUK KANAK-KANAK

$
0
0
selamat pagi

BILA sebut hari raya bagi anak-anak semestinya duit raya ada dalam kiraan mereka. Tipu lah kalau kata budak-budak tak suka kumpul duit kan.. baik yang kecik mahupun dah besar.. Macam anak aku Kaisara dah tahun satu 7 tahun dah pandai mengira makanya duit raya dia aku benarkan dia simpan , kira dan pegang sendiri..tapi untuk adiknya kaliff yang tak berapa nak kenal angka haha..duit rayanya aku yang simpan hehe

REZEKI ANAK-ANAK

Pada aku duit raya adalah rezeki untuk mereka..kalau masa kecik-kecik dulu tak tahu lagi nak buat apa dengan duit raya anak-anak aku memang akan simpan dalam TABUNG HAJI. nanti aku buat entry cara buka akaun tabung haji untuk anak-anak. Sesetangah mak ayah tak kisah di kumpulkan sekali jer duit raya anak-anak bilang dan bahagikan sama banyak..tapi macam aku memang simpan asing-asing..yang kakak dan adik aku tak nak campur..sebab kakanya dah bijik dah tahu hak dia..so, kekadang adalah kakak punya lebih dari adik punya hahaha.

Bila dah besar nie adalah yang diaorang minta nak beli guna duit raya mereka itu. so, kami suami isteri memang akan gunakan sepenuhnya untuk mereka. Lain orang lain pendapat macam aku yer..memang aku akan gunakan sepenuhnya duit raya mereka untuk diri mereka... tak delah istilah makayah guna duit anak-anak untuk kepentingan sendiri. Aku nampak jer post bebudak bujang yang perli ke main lagi ehh dalam Media sosial sekarang... "hai mak cik beli nasi guna duit seringgit-seringgit duit raya anak-anak ke? amboiii bahasa ke main ehh... tak baik tau fikir macam tu. Lebih Baik Husnozon...( siapa tahu dia tukarkan duit dengan anak-anak dia or anak sedara bagi sekeping besar terus ke apa ke kan ) bila kita tak lalui apa yang mereka lalui leboh baik berdiam diri dari berkata benda yang belum tentu betulnya.

SEDEKAH DUIT RAYA SEIKHLAS HATI

Sempena Hari raya nie memang ramailah kan yang beratur bersusun-susun nak tukar duit sebab nak bagi duit raya dekat budak-budak. Alhamdulillah rezeki di kongsi bersama...sikit pun tak pe janji Niat korang untuk memberi itu. Macam kami setiap tahun insyallah ada jer rezeki untuk kanak-kanak terutamanya  sedara mara lah..macam mana tengok anak-anak aku happy dapat duit raya, macam itu jugalah budak-budak lain happy dapat duit dari kita  iyee tak??

aku kongsi sedikit cerita, baru-baru ini masa balik kampung mr.hubby kitaorang nampak ada sekumpulan budak-budak tengah berjalan dalam kampung ( 3-4 orang )..barangkali mencari rumah untuk beraya..suasana kampung meriah kalau budak-budak datang beraya walaupun tak kenal. mr.hubby berhentikan kereta dekat tengah jalan sambil lambai-lambai dekat budak-budak tu (waktu tu tak ada pun kereta dekat belakang) pastu mr.hubby suh ambilkan sampul dalam dashboard dan bagi pada budak-budak itu. Siapa tahu rezeki mereka masa itu. tak datang beraya ke rumah pun boleh dapat duit raya. Mr. hubby ikhlas memberi . Dia kata dlu masa dia kecik-kecik selalu juga orang bagi duit raya mcm nie.. apa yang penting niat kita :) seronok mereka ...berlalu sambil ucap terima kasih...selamat hari raya ^_^

SIMPAN ATAU BELANJA DUIT RAYA ANAK-ANAK?

Pada aku terpulang pada mak ayah masing-masing la..setiap orang ada perancangannya tersendiri. Kalau berlebihan baiklah menabung kan aje untuk anak-anak.Orang kata "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" . Bukalah akaun simpanan untuk anak-anak. nanti bila dah besar boleh bagitahu dioarang " inilah duit raya korang masa kecik-kecik dulu" hihi..Nak simpan bank mana? Macam aku selesa aje simpan dalam Tabung Haji :)

ok sekian.






SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER

$
0
0


ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.

Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan
--------------------------------------------------------------------------------

Tentang CARRIE JUNIOR

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.

Drama Jangan Benci Cintaku (TV3)

$
0
0

Jangan Benci Cintaku

Drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan Suhan Movies & Trading arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Izzue Islam, Amelia Henderson dan ramai lagi. Akan bersiaran bermula 29 Jun 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : JANGAN BENCI CINTAKU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL : Emy Roberto
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Niena Baharun sebagai Husna
Luqman Hafidz sebagai Faris
Izzue Islam sebagai Syazwi
Amelia Henderson sebagai Damia
Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin

LAGU TEMA / OST 
Misha Omar - Sampai Bila

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU

Jangan Benci Cintaku

Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.


sumber : sini
-------------------------------------------------------------------------------------------------

*baru jer tengok dua episod, macam best tapi jalan cerita hampir sama dengan satu drama yang pernah di tayangkan dekat tv3 juga. Cuma kita tak ingat tajuk..apa ehh...? yang si Isteri tinggalkan suaminya sebab nak kejar cita-cita then balik menagih kasihnya kembali sebab si suami dah ada isteri baru haha...Nampak tak? aku nie kaki dama tau...masih ingat hehe.
Harapnya jalan cerita nie ada lah sedikit kelainan nya..JoM tonton !

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS SUKATAN CAWAN

$
0
0
Foto Farah Wahida.


Hai korang,
sapa suka makan kek coklat moist? jom aku nak kongsi resepi mudah guna sukatan cawan sahaja & tak perlu guna butter, kita switch dengan minyak.  Insyallah jadi moist sgt.Tak perlu guna mixer juga, korang guna blander sahaja. So Jom buat dan lagi satu korang wajib cuba sebab senang je hihi

kek coklat moist nie aku memang akan buat setiap kali raya...kira menu wajib gitu! kalau malas-malas sangat aku akan beli huhu tapi sejak dapat resepi mudah nie rasa macam nak buat selalu sahaja hihi

jom tengok bahan-bahannya ^_^

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist :
Bahan A
1 Cawan susu cair
1 Cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 Cawan minyak masak@minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
***Semua bahan blender je sampai sebati ( 5 minit )

Bahan B

1 1/2 Cawan tepung gandum
1 Cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak semua bahan

Bahan C
Topping coklat ganache

3 sudu Butter
4 sudu susu pekat *kalau nak manis boleh tambah lagi
4 sudu serbuk koko
5 sudu susu cair * boleh tambah kalau topping pekat

***Satukan semua bahan masak secara double boil/atas api kecil


Foto Jom Belajar Buat Kek.


CARA-CARA :
1. Satukan bahan A ke dalam Blander & bland sehingga sebati. 
2. Kemudian bila bahan A sebati Masukkan bahan B dan blander lagi lebih kurang ( agak-agak 5 minit tempoh blander semua bahan )
3.Pastu masukkan bahan yg di blender tadi ke dalam loyang, aliskan dengan butter/baking paper supaya kek tidak melekat pada loyang

4. Panaskan air dahulu di dalam periuk pengukus. Kukus kek 45 minit - 1 jam sehingga masak
**Cucuk pakai lidi, kalau dah tak lekat pada lidi tuu kira kek dah masak..

5. Sementara tunggu kek masak boleh buat Topping guna kaedah double boil.Tuang pada permukaan kek apabila kek telah masak dan di sejukkan.

6. ok. Siap! 

Selamat mencuba ^_^

KAISARA TAHUN 1 : RESULT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

$
0
0
Nak kongsi kisah Kaisara macam dah lama jer tak berceritakan. Minggu lepas hari jumaat 06 Julai 2018, sekolah kaisara adakan hari bertemu parents  untuk sain rekod peperiksaan pertengahan tahun.Alhamdulillah timing kali nie okay cikgu sekolah buat hari jumaat makanya kali ini papa kaisara yang attend untuk berjumpa cikgu kelas...sebab hari jumaat mr.husband saya mmg cuti.



sebenarnya tak ada beza pun mak atau ayah yang hadir kan? tapi aku nak kaisara rasa juga papa dia pun ambil berat bab pembelajaran dia. so nak bagi fair kali ini mr.hubby yang pergi sain dan jumpa cikgu kelas kaisara (muka ada senyum lah) . Aku pun ikut sekali tapi part sain bagi ayahnya pula hihi

Alhamdulillah tak sangka pula kaisara dapat Tempat ke-2 di dalam kelasnya. Kalau masa peperiksaan kali pertama hari itu dia dapat No 5 kira kali ini ada peningkatan yang memberangsangkan. walaupun persaingan dari segi peratusan tak banyak beza & kedudukan di dalam darjah dia dapat no 3 dah mampu buat aku tersenyum (rupanya macam nie la mak-mak kita dlu berasa bangga dengan pencapaian anak-anak kan )(aku tengah laluinya ^_^)

Dalam kereta lepas tengok result dia terus pesan "Kakak kalau nak berjaya kena usaha lebih lagi"kalau tak faham tanya jangan duduk diam tau, tanya cikgu ". sekolah kaisara nie katogori pinggir bandar  walaupun masih dalam bandar kangar iyelah perlis ni kan  kecil sahaja. Macam sekolah kaisara tahun satu ada 2 kelas sahaja. Pelajar ada dalam 35 orang jer. Persaingan tu tak delah sengit sangat dan Aku rasa sekolah macam kaisara nie pun mampu melahirkan pelajar yang cemerlang kalau kena dengan teknik pembelajaran yang di sampaikan oleh cikgu-cikgu. 
Jauh lagi perjalanan kaisara di sekolah rendah nie, Semoga Kaisara terus cemerlang ^_^

KALIFF KENA CHIKEN POX

$
0
0
salam hujung minggu semua. ambik masa sedikit hari ini untuk menulis coretan perihal si bujang saya #kaliffrizqi. hari ini Day-5 kaliff kena chiken pox. Alhamdulillah bekerja sebagai kakitangan awam nie dapatlah aku gunakan Cuti kuarantin selama 5 hari kemudahan yang di berikan untuk mak/ayah menjaga anak-anak yang terkena penyakit berjangkit macam chiken pox ini.

APA ITU CHIKEN POX ?
chicken pox merupakan jangkitan virus yang akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ruam dan juga demam. Ia juga dikenali sebagai cacar air kerana ruam tersebut akan menghasilkan gelembung yang mengandungi air. Sentuhan kepada cecair yang tercemar dengan virus tersebut boleh menyebabkan jangkitan chicken pox kepada orang lain.
Tetapi majoriti daripada jangkitan chicken pox adalah melalui titisan air yang terhasil daripada pesakit yang sedang batuk mahupun bersin.
Kebanyakkan pesakit chicken pox selalunya melibatkan kanak-kanak. Lebih daripada 90% pesakit chicken pox terdiri daripada kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun
Penyakit ini selalunya tidak berbahaya dan akan baik dengan sendirinya. Tetapi bagi mereka yang sudah dewasa dan juga mengalami masalah lemah sistem imun, mereka mungkin akan mendapat komplikasi daripada jangkitan kuman tersebut.

Di US, pemberian vaksin sudah dimulakan pada tahun 1995. Ini menyebabkan insiden penyakit chicken pox semakin kurang dengan banyaknya.

TANDA-TANDA AWAL CHIKEN POX

Simptom- Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit chicken pox adalah:

  1. Demam yang diikuti dengan ruam cacar pada kulit
  2. Ruam yang bermula daripada kepala dan bahagian atas badan
  3. Sakit kepala
  4. Rasa letih
  5. Batuk dan selesema
  6. Sakit tekak
Macam kaliff memula aku memang tak perasan pun sebab dia tak demam. Cuma tetiba jer dah terperasan sebiji cacar air dekat kawasan muka dia. Dalam hati dah mula tak sedap nampak macam biji campak..tapi aku cuba positif mungkin binatang gigit, semut or gatal jer..Tapi bila masuk hari kedua dah jadi 3 biji aku terus ajak en. hubby jumpa doktor. Nak sahkan? rupanya betul la Chiken Pox -_-. Aku risau sangat sebab tak de lagi pengalaman anak kena chiken pox nie, walaupun kaisara pernah jadi dulu 2x demam campak, tapi kali ini lain sedikit sebab besar dan berair. Masa kaisara demam campak dlu dia jadi campak sekam sahaja macam biji-biji ruam yang memenuhi satu badan.


Beberapa cara dan rawatan yang boleh dilakukan adalah:

  1. Selalu mandi supaya kegatalan dapat dikurangkan.
  2. Penggunaan losyen calamine
  3. Pengambilan ubat anti histamine seperti diphendyramine, cetrizine dan loratidine
  4. Kadang-kadang chicken pox juga boleh menyebabkan kehadiran ulcer di dalam mulut menyebabkan kanak-kanak kurang minum air. Ini menyebabkan keadaan dihidrasi kepada pesakit

Beberapa cara yang kita boleh buat  untuk mengatasi masalah ini adalah:

  1. Pemberian aiskrim. Aiskrim diberi untuk menyejukkan kawasan ulcer supaya kesakitan dapat dikurangkan. Apabila kanak-kanak itu merasa kurang sakit, barulah dia akan mula makan dan minum.
  2. Penggunaan ubat titis yang boleh mengurangkan rasa sakit. Anda boleh dapatkan ubat titis bagi ulcer di farmasi mahupun di klinik yang berdekatan.
Beberapa perkara yang ahli keluarga perlu tahu ketika mana merawat pesakit yang mengalami masalah chicken pox. Ianya adalah:

  1. Keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang dijangkiti chicken pox perlulah selalu memandikan mereka untuk mengurangkan rasa gatal dan mengelakkan jangkitan bakteria sekunder pada ruam yang digaru.
  2. Untuk mengelakkan ruam itu luka ketika digaru, kuku perlulah dipotong supaya pendek. Pemakaian sarung tangan juga membantu
  3. Penggunaan ubat untuk mengurangkan rasa gatal pada kulit diperbolehkan
  4. Mereka yang mempunyai chicken pox perlulah menghindari daripada wanita yang sedang mengandung dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun.
  5. Tidak boleh hantar ke tadika. Ini kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak lain mendapat jangkitan kuman yang sama
Ibubapa yang mempunyai anak chicken pox perlu membawa mereka ke hospital jika

  • Kemerahan, bengkak dan sakit pada ruam
  • Kurang minum air
  • Kurang buang air kecil
  • Konfius, berterusan menangis
  • Tidak boleh berjalan seperti biasa
  • Sakit kepala yang teruk, leher yang keras
  • Muntah yang berterusan
  • Demam yang berterusan lebih daripada 3 hari
  • Keadaan pesakit yang bertambah teruk
selain, perkara-perkara di atas, aku dapatkan juga penawar kampung, amalan petua penjagaan makanan (makan berpantang) dan elakkan terkena hujan. aku on antibiotik yang doktor bagi juga. So Far kaliff tak de lagi demam panas, badan dia suam-suam sahaja. Alhamdulillah hari ini hari ke 5 chiken pox kaliff dah nampak semakin kering... dah keluar sampai ke kaki dan dalam mulut pun makin okay. selama 3 hari ini aku masakkan moi & sup supaya mudah dia makan dan hadam. risau juga takut dia tak lalu makan...tapi aku tengok ok jer..air memang aku paksa minum sbb tak nak dia dihidrasi...ajak dia berkampung dalam rumah sahaja main sama-sama  dengan dia, mandikan dia dan asingkan pakaian dan tempat tidur semantara waktu (nak elak berjangkit).

Ya Allah, Ya tuhanku kau sembuhkan lah sakit anak ku ini. Amin

ZY PRINTPACK SDN BHD MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN TERKINI DAN MODEN

$
0
0
Hai..
Korang kalau tercari-cari servis percetakan boleh la mencuba perkhidmatan dari ZY PRINTPACK SDN BHD. ZY Printpack Sdn Bhd adalah salah satu Anak Syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd atau sekarang lebih di kenali dengan ZY Phyto Holding Sdn Bhd. 

ZY Phyto Holding Sdn. Bhd menjadi tonggak kepada 9 anak syarikat yang bernaung di bawahnya iaitu 

  1. ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd
  2.  ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd
  3. ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd
  4.  ZY Academy Sdn Bhd
  5.  ZY Printpack Sdn Bhd
  6. ZY Phyto Marketing Sdn Bhd
  7. ZY Phyto East Coast Sdn Bhd
  8. Yayasan Qaseh ZY Phyto
  9. Emily's Cattery.


ZY PRINTPACK SDN BHD
Zy Printpack menyediakan perkhidmatan percetakan mengikut spesifikasi yang di perlukan oleh pelanggan. Cetakan pertama yang dihasilkan oleh zy printpack adalah Kotak dan label yang dihasilkan pertama kalinya pada November 2016. Antara perkhidmatan percetakan lain yang di sediakan di Zy Printpack ialah seperti 
1. Offset Printing
2. Tshirt Printing
3. Direct Printing
4. Premium Item



Harga-harga yang ditawarkan adalah yang  berpatutan. Setiap pelanggan pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan. Kalau korang ada idea sendiri dalam menghasilkan sesuatu cetakan mereka juga sedia menerima tempahan dari design korang tu. Pendek kata salah satu pusat cetakan yang mampu menghasilkan produk yang korang impikan 

Zy printpack kini di terajui oleh En Mahadzir bin abdullah ( manager director). 

Jom aku tunjukkan dekat korang antara peralatan yang di gunakan oleh zy printpack sdn bhd yang boleh dikatakan yang terkini dan moden dalam penghasilan bahan percetakan dari syarikat ini....Sebut sahaja design dan produk yang anda mahukan...pasti tidak mengecewakan ^_^








Di sini juga di sediakan perkhidmatan Graphic Design untuk penghasilan produk seperti kotak, Label,sricker, Flyers,Poster,Bunting, Brochurs dan apa sahaja yang berkaitan kerja-kerja graphic. 

Untuk sebarang tempahan & maklumat lanjut boleh hubungi 

1. Paper Printing & Premium Item : En. Mahadzir 018-7828898
                                                          En. zulkepli yusoff - 018-2278898

2. TshirtPrinting :   En. Rubel aswaadi - 018-3178898


ALAMAT SYARIKAT :

ZY PRINTPACK SDN BHD
NO 63,65, 67 JALAN TIAJ 2/10,
TAMAN INDUSTRI ALAM JAYA,
42300 BANDAR PUNCAK ALAM,
SELANGOR


KAISARA PULA DIJANGKITI CHIKEN POX

$
0
0
Salam hujung Minggu

3 minggu yang lalu kaliff kena chiken pox
alhamdulillah dah pulih sepenuhnya
kali ini giliran kaisara pula
Allah Dugaann untuk mama & kakak

Aku sendiri pun tak sangka chiken pox nie nak  berjangkit pada kaisara
sebab aku dah ambil langkah awal pencegahan
masa aku menjaga kaliff
yerr la tinggal serumahkan memang susuh nak elak
tapi aku cuba la juga sehabis baik

asingkan tempat tido, jangan kongsi tuala,
makan & minuman pun asing
tak bagi main sekali dalam tempoh kaliff kena chiken pox itu
tapi apakan daya
rupanya terjangkit juga...

dalam keadaan sekarang yang tular penyakit HFMD
kebimbangan aku makin bertambah masa tengok biji-biji mula naik pada mulut kaisara
kaisara ada bagitahu kelas dia ada yang terkena HFMD
masa buat saringan kaisara salah seorang suspek  hfmd
malam tu juga aku bawa ke klinik untuk check up 
dan doktor sahkan kaisara bebas HFMD 

tapi tak sampai 3 hari aku check up tu 
badan kaisara mula naik biji-biji
rupanya kaisara terkena Chiken Pox
dan kali nie chiken pox kaisara lebih banyak dan aktif dari kaliff
dah banyak malam juga aku tido lewat
jagakan kaisara...
anak perempuan manjannya lebih sikit 

Alhamdulillah semalam aku bawa kaisara jumpa doktor swasta
refer juga ke Klinik Kesihatan dan buat ujian darah
Doktor kata tiada apa yang membimbangkan
aku cuma kena  ON Antibiotik 
sebab kaisara demam sekali

Korang Doakan anak aku cepat sembuh
semoga anak-anak kita di jauhi dari penyakit yang tersebar kini..

* aku sambung cuti kuarantin lagi 5 hari bermula esok



Viewing all 915 articles
Browse latest View live